Pengeluaran SPK Perumahan

Ketahui lebih lanjut mengenai syarat kelayakan Pengeluaran SPK Perumahan.

Pengeluaran SPK Perumahan


Ahli hendaklah berumur 40 tahun dan ke atas bagi melayakkan mereka untuk membuat Pengeluaran Perumahan SPK

Setiap ahli hanya dibenarkan membuat satu (1) pengeluaran sahaja antara umur 40 hingga 59 tahun.

Tujuan Pengeluaran

Pengeluaran ini adalah khusus bagi tujuan-tujuan berikut:

  • Membeli rumah
  • Membina rumah
  • Membayar balik baki pinjaman rumah
  • Mengubahsuai atau membaiki rumah

Tatacara Pembayaran

Semua pembayaran yang telah diluluskan akan dibayarkan terus kepada kontraktor, pembangun, bank atau Kerajaan melalui pemindahan terus (direct transfer) - tiada pembayaran secara tunai atau cek.

Penghantaran Dokumen

Pastikan dokumen yang dimuat naik adalah lengkap untuk memudahkan proses pengeluaran.

Kelayakan

Umur

40 - 59​ Tahun

Jumlah

sehingga 50% daripada baki Akaun Ahli SPK

Tatacara Pembayaran

Dibayar secara keseluruhan kepada yang berkenaan


Bank

untuk pinjaman rumah



Kontraktor

 untuk membina, mengubahsuai atau membaiki rumah



Pembangun

untuk membeli rumah



Kerajaan

kepada Jabatan Perbendaharaan atau skim Rancangan Perumahan Negara


Membina Rumah 

Dokumen yang Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan ahli.

  • Butiran maklumat pembayaran kontraktor atau pembangun (salinan kad pengenalan dan penyata bank).

  • Salinan perjanjian pembinaan (dibubuh Stamp Duty Certificate).

  • Salinan perjanjian pinjaman dari pihak bank atau Jabatan Perbendaharaan.

  • Salinan Lesen Pendaftaran Syarikat 16 & 17 atau Sijil Incorporation kontraktor atau pembangun.

  • Salinan geran tanah di bawah nama ahli atau pelan kedudukan rumah.

Dokumen sokongan yang diperlukan (bermula 1hb Disember 2025):

  • Lesen pembina yang sah daripada Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi)

  • Pengesahan dari Jabatan Tanah mengenai pemindahan milik adalah di dalam proses atau surat wakil (Power of Attorney) jika tanah bukan atas nama ahli.

  • Menghadapkan gambar rumah yang dipohonkan.

Membeli Rumah 

Dokumen yang Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan ahli.

  • Butiran maklumat pembayaran kontraktor atau pembangun (salinan kad pengenalan dan penyata bank).

  • Salinan Geran Tanah.

  • Salinan Perjanjian Jual Beli (dibubuh Stamp Duty Certificate) termasuk Perjanjian Jual Beli Persendirian yang tidak melibatkan kontraktror/pembangun.

  • Salinan Lesen Pendaftaran Syarikat 16 & 17 atau Sijil Incorporation Kontraktor atau Pembangun.

  • Salinan perjanjian pinjaman dari pihak bank atau Jabatan Perbendaharaan.​

Dokumen sokongan yang diperlukan (bermula 1hb Disember 2025):

  • Pengesahan dari Jabatan Tanah mengenai pemindahan milik adalah didalam proses atau Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) jika tanah bukan atas nama Ahli.

  • Menghadapkan gambar rumah yang dipohonkan.

Mengubahsuai & Membaiki Rumah 

Dokumen yang Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan ahli.

  • Butiran maklumat pembayaran Kontraktor atau Pembangun (Salinan Kad Pengenalan dan Penyata bank)

  • Perjanjian pengubahsuaian (dibubuh Stamp Duty Certificate) - tersedia di bawah.

  • Salinan Lesen Pendaftaran Syarikat 16 & 17 atau Sijil Incorporation Kontraktor atau Pembangun.

Dokumen sokongan yang diperlukan (bermula 1hb Disember 2025):
Permohonan pengeluaran hendaklah dipohonkan SEBELUM kerja-kerja pengubahsuaian bermula.

  • Lesen pembina yang sah dari ABCi.

  • Borang Senarai Semak Bagi Kerja-Kerja Bangunan Bagi Bangunan Perumahan Persendirian yang telah disahkan dari ABCi i- tersedia di bawah.​

  • Bukti gambar sebelum kerja-kerja pengubahsuaian yang disahkan oleh ahli dan kontraktor.

  • Surat Pengakuan dari Kontraktor (dibubuh Stamp Duty Certificate)  - tersedia di bawah..

  • Surat persetujuan dari Ahli bagi membenarkan pihak TAP untuk membuat lawatan ke tempat pengubahsuaian  - tersedia di bawah.

  • Melantik Quantity Surveyor (QS) bagi pengubahsuaian berjumlah di atas BND10,000.00 ATAU Jika ABCi menganggap kerja pengubahsuaian tersebut sebagai kerja yang signifikan (significant work).

 Nota:   Pembayaran hanya akan dibayarkan berdasarkan jumlah yang dipohonkan atau mengikut kelayakan (perkiraan terendah) SETELAH pengubahsuaian siap dan pengesahan dilaksanakan.

 Dokumen untuk dimuat-turun

Tekan "nama dokumen" untuk memuat-turun.


Soalan-soalan Lazim

Membayar Baki Pinjaman 

​Membayar Baki Pinjaman Rumah - Dokumen yang diperlukan 

  • Salinan kad pengenalan ahli.

  • Salinan Perjanjian Pembinaan atau Perjanjian Jual Beli.

  • Salinan geran tanah.​

  • Salinan perjanjian pinjaman rumah.

  • Salinan penyata baki pinjaman terkini.

Rancangan Perumahan Negara- Dokumen yang diperlukan

  • Salinan kad pengenalan ahli.

  • Salinan Surat Peruntukan Rumah.

  • Salinan Baki Pinjaman Perumahan.


Permohonan Dalam Talian bagi
Pengeluaran SPK Perumahan

Awda boleh memohon pengeluaran ini dari rumah sahaja.