
Daftar Pekerja
Ia menjadi tanggungjawa Majikan untuk mendaftarkan Pekerja ke TAP. Pendaftaran boleh dilakukan melalui platform perkhidmatan dalam talian, e-Amanah.

Pembayaran Caruman
Majikan boleh membuat pembayaran caruman dan denda secara dalam talian. Majikan juga boleh menyemak status pembayaran caruman melalui platform perkhidmatan dalam talian. Sekiranya terdapat pembayaran caruman yang berlebihan, Majikan juga boleh memohon untuk pembayaran balik.

Mengemaskini Butiran Majikan
Majikan hendaklah memastikan butiran mengenai syarikat sentiasa dikemaskini untuk memudahkan pihak TAP menghubungi Majikan bila berkeperluan. Platform perkhidmatan dalam talian, e-Amanah, menyediakan kemudahan untuk menguruskan hal Majikan dan Pekerja.
