PENGEMASKINIAN SISTEM PORTAL E-AMANAH
Pihak Tabung Amanah Pekerja (TAP) ingin memaklumkan bahawa sistem perkhidmatan dalam talian
e-Amanah kini sedang melalui proses pengemaskinian.
Sehubungan dengan itu, sebahagian pengguna portal e-Amanah mungkin akan mengalami gangguan sementara atau kesukaran untuk mengakses akaun masing-masing sepanjang tempoh pengemaskinian ini.
Sekiranya awda menghadapi sebarang masalah atau kesukaran untuk melog masuk, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 272 2929 semasa waktu bekerja bagi mendapatkan bantuan lanjut.
Dalam kesempatan ini, pihak TAP juga ingin menasihatkan semua ahli agar memastikan maklumat peribadi masing-masing sentiasa dikemaskinikan bagi melancarkan urusan perkhidmatan.
Pihak TAP amat menghargai kesabaran dan kerjasama yang diberikan dan ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin dihadapi.