Pengeluaran Skim

Pengeluaran SPK Perumahan

Pengeluaran SPK Perumahan hanya boleh dipohonkan sekali sahaja.

Bayaran akan dibuat secara sekaligus kepada Kontraktor/Bank/Pemaju/Kerajaan/Penjual.

Ya, ahli adalah dibolehkan untuk membuat pengeluaran sekaligus sekiranya mencukupi persyaratan bagi kedua-dua jenis pengeluaran.

Tidak. Pengeluaran Perumahan SPK hanya boleh dipohonkan bagi rumah yang dibeli, dibina, diubah suai atau dibaiki dalam Negara Brunei Darussalam.

Awda boleh merujuk laman web ABCi di www.abci.gov.bn untuk senarai kontraktor yang berdaftar di Brunei.

Ya, ahli boleh memohon pengeluaran melalui Perumahan SPK dengan menyertakan salinan dokumen berikut:

  1. Kad pengenalan Ahli.
  2. Perjanjian Pembinaan atau Perjanjian Jual Beli.
  3. Geran Tanah.
  4. Perjanjian Pinjaman Perumahan.
  5. Penyata Baki Pinjaman terkini.

Tidak, pengubahsuaian secara sendiri (DIY) adalah tidak dibenarkan. Semua kerja pengubahsuaian mestilah dibuat oleh kontraktor berdaftar yang memegang Lesen Pembina.

Ahli-ahli mestilah mempunyai kontrak atau perjanjian rasmi dengan Kontraktor bagi semua kerja pembinaan atau pengubahsuaian untuk melindungi kepentingan kedua-dua pihak sekiranya berlaku pertikaian. Kontrak tersebut hendaklah disetem duti di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah kerana dokumen yang tidak disetem duti tidak boleh diterima di mahkamah. Bagi membantu ahli dan kontraktor, templat Perjanjian Pengubahsuaian disediakan untuk dimuat turun di laman sesawang rasmi TAP.

Perkara berikut tidak diliputi:

- Kolam renang.

- Kerja-kerja menembok tanah / kerja tanah

- Pemasangan elektrik yang tidak penting seperti lampu candelier .

-Peralatan dan aksesori dapur (dapur gas, ketuhar, hud dapur dan lain-lain).

- Almari pakaian jenis “walk-in” dan meja isle dapur .

- Aksesori bilik mandi yang tidak penting (jacuzzi, tab mandi, set pancuran terapi dan lain-lain).

- Hiasan dalaman yang tidak penting (wainscoting, kertas dinding, panel dinding dan lain-lain).

- Tangki air / pam / penapis.

- Sebarang skop kerja lain yang tidak berkaitan dengan pembinaan atau kerja pengubahsuaian rumah.

TPOR adalah 7 hari bekerja selepas semua dokumen yang diperlukan lengkap dan dihadapkan, serta kerja pengubahsuaian disiapkan mengikut skop kerja yang diluluskan.

Bayaran hanya dikeluarkan selepas siap kerja bagi memastikan kontraktor melaksanakan skop kerja yang diluluskan serta melindungi simpanan ahli daripada tuntutan yang tidak lengkap atau tidak sah.

TAP akan mengeluarkan Surat Jaminan (Letter of Guarantee) kepada kontraktor atas permintaan ahli.

Ya, awda boleh mengubahsuai atau membaiki rumah milik pasangan, ibu bapa, atau anak-anak (ahli keluarga terdekat). Awda dikehendaki menghadapkan dokumen sokongan seperti Sijil Kelahiran atau Sijil Nikah untuk mengesahkan hubungan tersebut ​


Tidak. Keperluan untuk mengemukakan dokumen tambahan hanya terpakai bagi permohonan yang dikemukakan mulai 1 Disember 2025. Walau bagaimanapun, TAP boleh meminta dokumen sokongan tambahan (Borang Persetujuan, Lesen Pembina, dan lain-lain) jika diperlukan bagi memastikan proses permohonan berjalan lancar dan tepat.

Pelantikan Juruukur Bahan (QS) hanya diperlukan bagi kerja pengubahsuaian bernilai BND10,000.00 ke atas, ATAU jika ABCi menganggap pengubahsuaian tersebut sebagai kerja yang signifikan.

 Bayaran untuk melantik QS adalah tanggungjawab ahli. QS memastikan kerja pengubahsuaian memenuhi piawaian yang ditetapkan dan mematuhi garis panduan TAP. QS yang menilai kerja pengubahsuaian mestilah berdaftar di bawah BAPEQS.


Laporan kerja Juruukur Bahan (QS) boleh didapatkan disini.

Senarai Juruukur Bahan (QS) berdaftar boleh didapatkan disini.

Pengeluaran SPK Umur (45, 50, 55 & 60 Tahun)

Ahli mempunyai pilihan untuk membuat pengeluaran pada Umur 45, 50, dan 55 tahun. Walau bagaimanapun, jika ahli memilih untuk tidak membuat sebarang pengeluaran, Ahli boleh mendapat manfaat daripada dividen terkumpul ke atas simpanan dalam Akaun Ahli SPK. Ahli mempunyai fleksibiliti untuk mengeluarkan simpanan mereka jika diperlukan sebelum mencapai umur 60 tahun.

Awda boleh memohon pengeluaran umur bermula dari ulang tahun ke-45, 50 atau 55. Sebaik sahaja awda mencapai umur yang layak, awda boleh memohon untuk pengeluaran tersebut.

Ya, awda mempunyai pilihan untuk membuat pengeluaran kurang daripada jumlah maksima yang dibenarkan iaitu 30%. Kadar 30% adalah had pengeluaran maksima, tetapi awda boleh memilih untuk mengeluarkan peratusan yang lebih kecil berdasarkan keperluan dan keutamaan awda.

Tidak. Awda boleh memohon pengeluaran mengikut keperluan peribadi awda.

Pengeluaran Pra-Persaraan Ahli boleh dibuat tanpa sebarang terma atau syarat tambahan sebaik sahaja awda mencapai umur yang ditetapkan:

  • 30% untuk pengeluaran pada Umur 45 tahun.
  • 30% untuk pengeluaran pada Umur 50 tahun.
  • 30% untuk pengeluaran pada Umur 55 tahun.
  • 100% untuk pengeluaran pada Umur 60 tahun.

Pengeluaran ini boleh memenuhi pelbagai keperluan pengeluaran ahli termasuk tujuan yang dinyatakan.

Ya. Awda layak untuk membuat pengeluaran Umur 45 tahun di bawah SPK. Jumlah yang awda boleh keluarkan adalah 30% daripada baki simpanan Akaun Ahli awda pada tarikh pelaksanaan SPK.

Awda boleh memohon sekali sahaja untuk setiap jenis pengeluaran iaitu SPK45, SPK50 dan SPK55.

Permohonan pengeluaran boleh dibuat melalui saluran yang ditetapkan sebaik sahaja pelaksanaan SPK dilaksanakan. Sila rujuk prosedur yang telah ditetapkan untuk ahli yang berada di luar negara bagi memohon pengeluaran SPK yang akan dimaklumkan nanti.

Ya, pengeluaran boleh dibuat secara bulanan sama ada 10, 15, atau 20 tahun. Selain itu, ahli juga mempunyai pilihan untuk mengeluarkan sebahagian sebagai sekaligus dan menerima baki selebihnya sebagai anuiti bulanan. Sebagai contoh, ahli boleh mengeluarkan 50% secara sekaligus dan menerima baki 50% sebagai anuiti bulanan selama 10 tahun.

Sebagai alternatif, awda boleh menggunakan paspot yang sah sebagai bentuk pengenalan diri untuk tujuan pengesahan.

Pengeluaran SPK 55+ (Bersara Awal)

Tidak. Syaratnya adalah pada bila-bila masa selepas ahli mencapai umur 55 tahun sehingga sebelum mencapai umur 60 tahun.

Jumlah yang diterima oleh ahli adalah berdasarkan jumlah dalam Akaun Ahli SPK yang akan dibayar setiap bulan sehingga ahli mencapai umur 60 tahun. Jumlah yang akan diterima oleh ahli adalah berdasarkan baki dalam Akaun Ahli SPK, yang akan dibahagikan kepada tempoh lima (5) tahun atau sehingga ahli mencapai umur 60 tahun.

Sekiranya ahli memohon Pengeluaran SPK 55+ pada umur 55 tahun, jumlah baki dalam Akaun Ahli SPK akan dibahagikan kepada tempoh lima (5) tahun atau sehingga ahli mencapai umur 60 tahun.

Sekiranya ahli memohon Pengeluaran SPK 55+ pada umur 57 tahun, jumlah baki dalam Akaun Ahli SPK akan dibahagikan kepada tempoh tiga (3) tahun atau sehingga ahli mencapai umur 60 tahun.

Ahli akan menerima tidak kurang daripada $500.00 sebulan dan jika jumlah simpanan ahli tidak mencapai jumlah tersebut setelah dibahagikan mengikut tempoh yang dinyatakan, maka ianya akan digenapkan kepada $500.00 sebulan sehingga semua simpanan ahli telah dikeluarkan.

Tidak, jumlah keseluruhan Akaun Ahli dibayarkan sebagai bulanan (anuiti) sehingga umur 60 tahun.

Akan tetapi, Ahli masih layak menerima anuiti bulanan dari Akaun Persaraan bermula dari 60 tahun.

Setelah sahaja awda membuat permohonan pengeluaran SPK 60 tahun daripada Akaun Ahli, awda juga akan mula menerima pembayaran anuiti bulanan daripada Akaun Persaraan sehingga sepanjang hayat jika mencukupi persyaratan.

Pengeluaran SPK Hilang Upaya

Semua permohonan pengeluaran hendaklah dipohonkan dan diuruskan oleh pemohon (ahli) sendiri kecuali Pengeluaran Hak Waris.

Sekiranya ahli tidak dapat hadir ke mana-mana kaunter TAP atau membuat permohonan pengeluaran disebabkan masalah kesihatan, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 272 2929 untuk mendapatkan perkhidmatan TAP Membantu. Wakil TAP akan mengunjungi ahli bagi menjalankan pengesahan dan membantu dengan permohonan pengeluaran.

Pengeluaran SPK Penyakit Terminal

Semua permohonan pengeluaran hendaklah dipohonkan dan diuruskan oleh pemohon (ahli) sendiri kecuali Pengeluaran Hak Waris.

Sekiranya ahli tidak dapat hadir ke mana-mana kaunter TAP atau membuat permohonan pengeluaran disebabkan masalah kesihatan, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 272 2929 untuk mendapatkan perkhidmatan TAP Membantu. Wakil TAP akan mengunjungi ahli bagi menjalankan pengesahan dan membantu dengan permohonan pengeluaran.

Pengeluaran SPK Melucutkan Kerakyatan

Pengeluaran SPK Hak Waris

Sekiranya ahli telah melantik Pentadbir Penama, Pentadbir yang pertama boleh membuat permohonan pengeluaran terus bagi simpanan akaun Ahli.

Sekiranya Ahli tidak pernah melantik Pentadbir Penama semasa Ahli masih hidup, keluarga terdekat Ahli perlu membuat laporan kepada TAP dengan mengisi borang Pelapor SPK Hak Waris  TAP akan memberikan surat kepada Pelapor untuk diserahkan kepada Pejabat Waris  Pejabat Waris akan memberikan Surat Pentadbir Pusaka yang menyatakan pewaris yang dilantik sebagai Pentadbir untuk membahagikan harta  Hanya Pentadbir yang dilantik melalui Pejabat Waris yang akan membuat permohonan pengeluaran bagi simpanan Akaun Ahli SPK.

Tanggungjawab Pentadbir yang dilantik adalah untuk membahagikan simpanan yang telah dikeluarkan dengan adil kepada pewaris-pewaris yang berhak mengikut Hukum Faraid bagi yang beragama Islam atau wasiat bagi yang bukan beragama Islam.

Jika Ahli yang meninggal dunia tidak pernah melantik Pentadbir Penama, tempoh pengeluaran adalah tertakluk kepada urusan diantara Pewaris Ahli dengan Pejabat Waris.

The information is correct as of 25th November 2025.