Bagaimana saya boleh menambah simpanan Akaun Ahli SPK?
Ahli boleh menambah simpanan secara sukarela ke dalam Akaun Ahli SPK.
Caruman sukarela ialah caruman tambahan yang dibuat oleh Ahli selain daripada caruman mandatori.
Kenapa saya perlu menyimpan lebih?
Ahli boleh menambah simpanan untuk persediaan hari persaraan yang boleh digunakan sebelum bersara atau untuk menambah Anuiti SPK semasa persaraan.

Siapa yang boleh membuat caruman sukarela?
Ahli SPK

Kedua-dua Ahli dan Majikan boleh membuat caruman tambahan secara sukarela ke dalam skim SPK, selain daripada membuat caruman mandatori sahaja. Caruman tambahan daripada Ahli dan Majikan akan dimasukkan ke dalam Akaun Ahli SPK yang mana Ahli boleh keluarkan sebelum persaraan.
Jumlah Caruman
Bagi SPK, tiada jumlah minimum, tetapi jumlah maksimum bagi caruman sukarela ialah $1,000.00 sebulan (had jumlah adalah bagi jumlah keseluruhan caruman dari Ahli dan Majikan).
Pengeluaran
Simpanan daripada Akaun Ahli SPK boleh dikeluarkan tertakluk kepada kelayakan pengeluaran skim SPK.
Ahli SPK Bekerja Sendiri

Ahli SPK Bekerja Sendiri boleh membuat caruman sukarela ke dalam Akaun Persaraan SPK dengan caruman minimum sebanyak $17.50 sehingga $40.00, dan menerima manfaat Match-Up $17.50 daripada Kerajaan. Caruman yang dibuat ke dalam Akaun Persaraan SPK boleh dikeluarkan sebagai Anuiti SPK.
Apakah SPK Bekerja Sendiri dan manfaatnya?
Ahli Skim Tabungan Perumahan

Ahli yang telah berdaftar ke dalam Skim Tabungan Perumahan boleh membuat caruman sukarela ke dalam akaun skim tersebut untuk menyimpan sebagai persediaan untuk memiliki rumah.
Apakah Skim Tabungan Perumahan dan manfaatnya?
Bagaimana membuat caruman sukarela?

Tambah caruman daripada gaji (melalui Majikan)

Melalui perbankan dalam talian atau perbankan mudah alih
Tatacara untuk Menambah Simpanan melalui Dalam Talian
Ahli digalakkan untuk menggunakan fasiliti perbankan mudah alih untuk membuat caruman sukarela

Langkah 1
Log masuk ke dalam Perbankan Mudah Alih
Pastikan bank yang digunakan mempunyai pilihan Tabung Amanah Pekerja sebagai pilihan institusi untuk pembayaran. Jika ada, log masuk ke perbankan mudah alih awda.

Langkah 2
Pilih Bill Payment melalui Perbankan Mudah Alih
Pilih Bill Payment dan pilih Tabung Amanah Pekerja sebagai penerima pembayaran.

Langkah 3
Masukkan butiran Pembayaran
Masukkan nombor Akaun SPK (9XXXXXXXX) dan jumlah pembayaran untuk caruman sukarela.

Langkah 4
Lengkapkan Pembayaran
Pastikan butiran pembayaran adalah betul. Tekan 'Submit' untuk melengkapkan pembayaran.