TAP Membantu

Ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang TAP sediakan untuk membantu Ahli yang mempunyai keupayaan pergerakan yang terhad untuk berurusan dengan TAP.

Apa itu perkhidmatan TAP Membantu?


Perkhidmatan TAP Membantu adalah servis tambahan dari TAP dimana ia merupakan inisiatif bantuan yang disediakan kepada Ahli TAP yang tidak berkeupayaan dari segi mobiliti untuk membantu Ahli dalam membuat urusan TAP/SPK mereka. Ahli-Ahli yang boleh memohon servis TAP membantu adalah:

Warga Emas

  • Ahli yang berumur 60 tahun ke atas yang layak untuk membuat pengeluaran dalam keadaan uzur dan/atau;

  • Ahli yang mengalami isu pergerakan secara fizikal.

Ahli yang sakit

  • ​Ahli yang mengalami penyakit-penyakit yang kronik seperti strok dan lain-lain, dan/atau;

  • Ahli yang mempunyai pergerakkan yang terbatas dan/atau;

  • ​Ahli yang dalam kondisi terbaring (bedridden) sama ada di rumah / di hospital.

Orang Kelainan Upaya (OKU)

  • Ahli yang kurang upaya dari segi penglihatan dan/atau pendengaran.

Ahli dalam tahanan

  • Ahli yang berada di dalam penjara.

  • Ahli yang berada di Pusat Al-Islah

Perkhidmatan yang disediakan

Pendaftaran melalui e-Amanah

Pendaftaran Pentadbir Penama

Permohonan Pengeluaran

Konsultasi dalam talian bagi Ahli SPK Silver Generation online consultation yang berada di luar negara (luar dari Brunei Darussalam)

Adakah awda memerlukan bantuan?

Hubungi kami jika awda tergolong dalam kriteria kelayakan tersebut di atas dan memerlukan bantuan bagi perkhidmatan yang disenaraikan.