Perkhidmatan Persaraan
TAP menyediakan perkhidmatan yang memfokuskan akan kepentingan perancangan persaraan kepada Ahli, menawarkan konsultasi untuk persiapan bagi persaraan, dan mengendalikan kursus yang direka khusus bagi pengamal perancang kewangan mengenai perancangan persaraan didalam konteks skim-skim TAP.

Perkhidmatan

Perancangan Persaraan
Sila buat temu janji dengan Perancang Persaraan untuk mendapatkan bantuan konsultasi bagi perancangan persaraan awda. Kami akan membantu awda untuk menilai simpanan persaraan mengikut matlamat persaraan awda.

Bengkel dan Taklimat
Pelbagai bengkel perancangan persaraan umum dan komprehensif untuk memenuhi kumpulan kecil atau besar. Awda boleh menjemput kami ke organisasi / institusi awda untuk sesi interaktif bersama penceramah yang diperakui kami.

Retirement Planning Certification Programme (RPCP)
Kursus ini direka khusus untuk pengamal perancang kewangan bagi memperolehi pengetahuan komprehensif tentang TAP dan skim-skim di dalamnya dengan penekanan khusus dalam konteks SPK.
