Skim Persaraan Kebangsaan

Silver Generation (Umur 50 - 59)

Ketahui lebih lanjut mengenai Ahli Silver Generation yang memilih untuk menyertai skim SPK serta merta semasa pelaksanaan Skim Persaraan Kebangsaan.

Siapakah Ahli SPK Silver Generation?

Ahli SPK Silver Generation adalah Ahli Peralihan yang berada di dalam kategori umur 50-59 tahun sebelum perlaksanaan SPK (15 Julai 2023), termasuk:


  1. Ahli yang berumur 50 tahun sebelum 15 Julai 2023 (lahir di antara Januari dan 14 Julai 1973).
  2. Ahli yang berumur 55 tahun selepas tarikh pelaksanaan (lahir di antara 15 Julai and 31 Disember 1968).
  3. Ahli yang sudah berumur di antara 56-59 tahun sebelum atau selepas tarikh pelaksanaan tetapi belum membuat Pengeluaran TAP 55 Tahun.


Ahli SPK Silver Generation

 Apakah maksud menandatangani borang persetujuan untuk diserapkan ke SPK?


  1. Apabila Ahli telah menandatangani borang persetujuan untuk penyerapan ke SPK sebelum tarikh pelaksanaan (15 Julai 2023), Ahli bersetuju untuk diserapkan ke SPK dengan serta-merta (masih dibolehkan untuk Pengeluaran SPK 55 Tahun sebanyak 30% daripada Akaun Ahli SPK).
  2. Apabila Ahli telah menandatangani borang persetujuan untuk menunjukkan bahawa mereka menangguhkan penyerapan ke SPK selepas membuat Pengeluaran TAP 55 Tahun (Menangguhkan penyertaan ke SPK dan kekal dalam skim TAP dan SCP sehingga berumur 55 tahun untuk membuat Pengeluaran TAP 55 Tahun)



Menyertai Skim SPK


Ahli yang berada di dalam kategori 50 -59 tahun yang tidak membuat pengeluaran 100% bagi Pengeluaran TAP 55 Tahun dan memilih untuk menyertai skim SPK serta merta pada tarikh pelaksanaan SPK.

Caruman bagi Ahli SPK Silver Generation


Caruman bagi Ahli SPK Silver Generation yang memilih untuk menyertai SPK serta merta pada tarikh pelaksanaan atau sebelum mencapai umur 55 tahun adalah sama seperti Ahli SPK biasa.

Caruman Ahli

Selanjutnya 

Tambah Simpanan Awda

Selanjutnya 

Struktur Caruman

Selanjutnya 

Manfaat bagi Ahli SPK Silver Generation


Manfaat bagi Ahli SPK Silver Generation yang memilih untuk menyertai SPK serta merta pada tarikh pelaksanaan atau sebelum mencapai umur 55 tahun adalah sama seperti Ahli SPK biasa.

Manfaat Akaun Ahli

Selanjutnya 

Manfaat Akaun Persaraan

Selanjutnya 

Manfaat Turunan SPK

Selanjutnya 


Menangguhkan Skim SPK


Ahli yang menangguhkan penyertaan ke SPK akan terus berada di dalam skim TAP dan SCP sehingga Ahli mengeluarkan Pengeluaran TAP 55 Tahun.

Caruman bagi Ahli SPK Silver Generation yang Menangguhkan Skim SPK

Caruman bagi Ahli SPK Silver Generation yang memilih untuk menangguhkan SPK sehingga umur 55 tahun dan membuat Pengeluaran TAP 55 Tahun akan ditadbir mengikut Akta TAP dan SCP.

Kadar Caruman

Selanjutnya 

Tambah Simpanan Awda

Selanjutnya 

Struktur Caruman

Selanjutnya 

Pembayaran Balik Caruman

Selanjutnya 

SPK Silver Generation (Umur 50 - 55) Borang Pembayaran Balik

Selanjutnya 

Manfaat bagi Ahli SPK Silver Generation yang Menangguhkan Skim SPK


Manfaat bagi Ahli SPK Silver Generation yang memilih untuk menangguhkan SPK sehingga umur 55 tahun dan membuat Pengeluaran TAP 55 Tahun akan ditadbir mengikut Akta TAP dan SCP.

Manfaat TAP & SCP

Selanjutnya 

Manfaat Keberterusan (Survivorship)

Selanjutnya