Skim Persaraan Kebangsaan

Manfaat Akaun Persaraan

Ketahui lebih lanjut mengenai manfaat yang diterima oleh Ahli daripada Akaun Persaraan SPK.

Apakah Akaun Persaraan SPK?


Akaun Persaraan SPK ialah dana terkumpul hasil daripada caruman yang dibuat oleh Majikan-Majikan serta bantuan tambahan daripada Kerajaan. Dana yang terkumpul di dalam Akaun Persaraan SPK ini akan digunakan untuk bayaran bulanan (Anuiti SPK) kepada Ahli semasa persaraan mereka.


Majikan akan mencarum mengikut kadar yang telah ditetapkan bagi kumpulan gaji Ahli (Pekerja). Caruman ini yang akan dimasukkan ke dalam Akaun Persaraan SPK.


Bolehkah saya mencarum lebih ke dalam Akaun Persaraan SPK ini?


Akaun Persaraan SPK ini adalah khas untuk caruman daripada Majikan sahaja. Ahli boleh mencarum secara sukarela di dalam Akaun Ahli SPK untuk membantu meningkatkan simpanan persaraan Ahli.

Manfaat Akaun Persaraan SPK

untuk Ahli Warganegara dan Penduduk Tetap (Stateless)


Ahli SPK Warganegara (Kad Pengenalan Kuning) dan Penduduk Tetap (Stateless - Kad Pengenalan Ungu) berkelayakan untuk menerima manfaat penuh Akaun Persaraan SPK.

Manfaat Akaun Persaraan SPK


Majikan mencarum ke dalam Akaun Persaraan SPK untuk menyokong kebajikan Pekerja semasa persaraan. Selain dari itu, tanggungan Ahli (Pekerja) juga dilindungi Manfaat Turunan.

Manfaat Anuiti SPK bagi Warganegara & Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam (Stateless)


Anuiti yang boleh mencapai sehingga sepanjang hayat

Minimum anuiti sebanyak $250 bagi Ahli warganegara Brunei dan Penduduk Tetap (Stateless - Kad Pengenalan Ungu)
Anuiti diselaras dengan inflasi
Tanggungan dilindungi Manfaat Turunan

Manfaat Akaun Persaraan SPK

bagi Ahli SPK Warganegara Asing


Ahli SPK Warganegara Asing (Kad Pengenalan Ungu)  akan menerima manfaat SPK Basic

Apakah SPK Basic?


Majikan akan terus mencarum ke dalam Akaun Persaraan SPK sebagai sokongan dalam memastikan kebajikan Pekerja terjamin semasa persaraan. Bagi Ahli di dalam kategori ini, Ahli akan menerima manfaat yang asas daripada Akaun Persaraan SPK.


SPK Basic memberikan manfaat anuiti bermula umur 60 tahun di mana simpanan Akaun Persaraan SPK Ahli akan dibayarkan secara bulanan (anuiti) selama 20 tahun. Cara pengiraan anuiti bulanan adalah berdasarkan jumlah simpanan dalam Akaun Persaraan Akaun SPK dibahagi dengan 240 bulan.


Sekiranya anuiti bulanan adalah kurang daripada $500, pembayaran anuiti akan digenapkan ke $500 sebulan dan pembayaran adalah sehingga simpanan Ahli di dalam Akaun Persaraan SPK habis. Manfaat bagi Akaun Ahli SPK adalah masih sama seperti Ahli SPK yang lain.

Manfaat Anuiti SPK bagi Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam (Warganegara Asing)



Menerima anuiti mencapai sehingga 20 tahun atau sehingga habis

Anuiti minimum sebanyak $500 sebulan

Anuiti tertakluk kepada jumlah caruman majikan sepanjang tempoh pekerjaan Ahli