Kepentingan Menyerahkan Dokumen Pengesahan
Memberikan dokumen yang diperlukan untuk mengesahkan status awda sebagai individu bekerja sendiri adalah penting bagi diiktiraf secara rasmi sebagai Ahli SPK Bekerja Sendiri yang Disahkan.

Dokumen yang Disahkan
Manfaat pengesahan:
- Ahli SPK Bekerja Sendiri yang Disahkan boleh membuat caruman ke kedua-dua Akaun Ahli SPK dan Akaun Persaraan SPK.
- Layak untuk menerima manfaat caruman Match-up dari Kerajaan.
- Menerima manfaat daripada akaun-akaun berikut:
- Simpanan pra-persaraan daripada Akaun Ahli SPK.
- Penerimaan SPK Anuiti (bulanan) daripada Akaun Persaraan SPK semasa persaraan.

Tiada Dokumen Pengesahan
Sekiranya tidak disahkan:
- Caruman hanya akan dikreditkan kedalam Akaun Ahli SPK.
- Tidak layak untuk menerima manfaat caruman Match-up dari Kerajaan.
- Ahli hanya layak menerima manfaat daripada Akaun Ahli SPK sahaja.
Senarai Dokumen Pengesahan
Jenis Bekerja Sendiri
Bukti Dokumen
Runners / Pemandu / Teksi
- Bukti pendaftaran dengan perniagaan atau perkhidmatan platform digital yang berlesen.
- Bukti resit pembayaran daripada urus niaga sebagai pekerja bebas (freelance).
- Lesen Memandu daripada Jabatan Pengangkutan Darat.
Penjual Dalam Talian
Sijil Pendaftaran dari ROCBN (Registry of Companies and Business Names Division).
Petani
- Bukti dokumen dari Jabatan Pertanian dan Agrifood - untuk petani.
- Pensijilan daripada Kementerian Sumber Utama & Pelancongan.
Nelayan
Bukti dokumen seperti lesen/permit daripada Jabatan Perikanan (Perintah Perikanan, 2009).
Gerai / tamu / Vendor pasaran
Kontrak dan/atau resit pembayaran ruang yang disewa (gerai/tamu/pasar).
Pemandu pelancong
Pensijilan daripada Kementerian Sumber Utama & Pelancongan.
Pengajar (Tutor)
Sijil Pendaftaran Institusi Pendidikan daripada Seksyen Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan (MOE).
Pusat jagaan kanak-kanak
Lesen Penjagaan Kanak-Kanak daripada Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan .
Ejen Insuran
- Bukti pendaftaran sebagai ejen di bawah Brunei Darussalam Central Bank (BDCB).
- Pensijilan daripada Agensi Insurans iaitu Brunei Insurance & Takaful Association (BITA).
Dokumen alternatif
Individu bekerja sendiri yang tidak mempunyai dokumen pengesahan standard boleh mengemukakan Sijil Pendaftaran daripada ROCBN (Bahagian Pendaftaran Syarikat dan Nama Perniagaan). Sijil ini akan diterima sebagai keperluan minimum untuk pengesahan
Nota:
Sekiranya dokumen pengesahan Ahli SPK Bekerja Sendiri tamat tempoh (expired):
Ahli tidak layak untuk menerima manfaat caruman Match-up daripada Kerajaan.
Sebarang caruman yang diterima akan dikira sebagai caruman sukarela dan hanya akan dikreditkan ke dalam Akaun Ahli SPK sahaja.
Ahli tidak akan menerima caruman ke Akaun Persaraan SPK.
Adalah penting untuk memperbaharui dokumen pengesahan dengan segera bagi::
- Meneruskan penerimaan manfaat Match-up daripada Kerajaan.
- Mengekalkan tempoh produktiviti yang konsisten yang memberi kesan tkepada pengiraan Anuiti SPK semasa persaraan.