SPK Bekerja Sendiri
- Warganegara atau Penduduk Tetap Brunei Darussalam .
- Berumur di bawah 60 tahun.
- Tidak bekerja di sektor formal (Tidak mempunyai Majikan).
- Mempunyai syarikat atau bisnes perniagaan, tetapi tidak mempunyai pekerja.
Untuk mendaftar sebagai Ahli SPK Bekerja Sendiri, awda hanya perlu memuat naik salinan kad pengenalan awda di e-Amanah semasa pendaftaran.
Untuk menjadi Ahli SPK Bekerja Sendiri yang disahkan, awda perlu memuat naik dokumen sokongan tambahan daripada pihak berkuasa yang relevan di e-Amanah. Sila rujuk senarai dokumen yang diperlukan di sini.
Bagi Ahli Bekerja Sendiri SPK yang disahkan: caruman yang ditetapkan adalah minimum $17.50 dan maksimum $40.00.
- Sekiranya Ahli membuat pada kadar caruman yang ditetapkan, Pihak Kerajaan akan memberikan caruman Match-Up tetap sebanyak $17.50 apabila Ahli membuat caruman sukarela sekurang-kurangnya $17.50. Kedua-dua caruman tersebut dan caruman Match-Up akan dikreditkan ke dalam Akaun Persaraan SPK bagi tujuan Anuiti SPK.
Sebarang caruman yang melebihi $40.00 akan dikreditkan ke Akaun Ahli SPK sebagai simpanan sukarela. Caruman yang kurang daripada $17.50 juga akan dikreditkan ke Akaun Ahli SPK. Ahli Bekerja Sendiri SPK yang disahkan masih boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Ahli SPK mengikut kelayakan pengeluaran. -
Bagi Ahli SPK Bekerja Sendiri yang belum disahkan: Ahli boleh mencarum secara sukarela setiap bulan sehingga $1,000 tanpa jumlah minimum. Caruman akan dikreditkan ke Akaun Ahli SPK.
Dengan pelaksanaan SPK, caruman SCP Bekerja Sendiri akan diselaraskan berdasarkan jumlah caruman dan manfaat yang diterima daripada Kerajaan.
- Sekiranya Ahli SCP Bekerja Sendiri membuat caruman yang tidak layak untuk Manfaat Match-up dari Kerajaan (iaitu kurang daripada $17.50 atau lebih daripada $40.00), caruman tersebut akan dikreditkan ke Akaun Ahli SPK.
- If the Member contributes $17.50 per month (or up to $40.00) and qualifies for the Government Match-Up, both the Member’s contribution and the $17.50 Government contribution will be credited to the SPK Retirement Account. Sekiranya Ahli membuat caruman sebanyak $17.50 sebulan (atau sehingga $40.00) dan layak menerima manfaat Match-up dari Kerajaan, kedua-dua caruman Ahli dan caruman Kerajaan sebanyak $17.50 akan dikreditkan ke Akaun Persaraan SPK.
Ini membantu memberikan jumlah Anuiti SPK yang lebih kukuh untuk Ahli apabila bersara pada umur 60 tahun.
Formula perkiraan SPK SE:
Caruman Awda + Caruman Match-Up Kerajaan = Dikreditkan kedalam Akaun Persaraan SPK.
Semua caruman akan dikreditkan sebagai caruman sukarela ke Akaun Ahli SPK awda. Awda tidak akan menerima Match-Up dari Kerajaan, tetapi awda masih akan mendapat manfaat di dalam Akaun Ahli SPK.
Tidak, Awda masih akan menggunakan nombor akaun SPK yang sama.
Semasa tempoh bekerja sendiri Awda:
- Sekiranya Awda adalah Ahli SPK Bekerja Sendiri yang Disahkan, dan membuat caruman antara $17.50 hingga $40.00, jumlah caruman tersebut akan dikreditkan ke dalam Akaun Persaraan SPK bersama caruman Match-up Kerajaan sebanyak $17.50.
Jika caruman Awda kurang daripada $17.50 atau melebihi $40.00, jumlah tersebut akan dikreditkan ke Akaun Ahli SPK sebagai caruman sukarela, yang boleh diakses sebelum persaraan.
- Sekiranya Awda adalah Ahli SPK Bekerja Sendiri yang Tidak Disahkan, caruman Awda akan dikredikan ke dalam Akaun Ahli SPK sahaja.
Ya, sekiranya Awda memenuhi persayaratan pendaftaran sebagai Ahli SPK Bekerja Sendiri, Awda boleh mendaftar secara dalam talian melalui e-Amanah.
Setelah pendaftaran berjaya:
● Awda akan diberikan nombor akaun SPK.
● Awda boleh mula membuat caruman.
Dengan membuat caruman pada kadar jumlah yang ditetapkan, Awda akan layak untuk menerima caruman Match-up daripada Kerajaan dan dianggap sebagai produktif. Mengekalkan tahap produktiviti yang lebih tinggi boleh memberi kesan positif kepada jumlah Anuiti SPK yang awda terima apabila bersara pada umur 60 tahun.
Tidak, awda tidak perlu memaklumkan kepada TAP.
● Status pekerjaan awda akan dikemas kini secara automatik apabila Majikan baharu awda mendaftarkan awda sebagai sebagai Pekerja di bawah organisasi mereka.
● Awda boleh memberikan nombor Akaun Ahli SPK awda kepada Majikan untuk meneruskan simpanan di bawah akaun yang sama.
Sekiranya dokumen pengesahan Ahli SPK Bekerja Sendiri mansuh, mereka tidak akan menerima caruman Match-up daripada Kerajaan, dan caruman yang diterima akan dikreditkan sebagai caruman sukarela ke dalam Akaun Ahli SPK mereka
Adalah dinasihatkan agar Ahli memperbaharui dokumen pengesahan mereka untuk terus menerima manfaat caruman Match-up daripada Kerajaan. Kegagalan untuk memperbaharui dokumen pengesahan boleh menjejaskan tempoh produktiviti Ahli dan seterusnya memberi kesan kepada bayaran anuiti SPK.
Bagi menerima caruman Match-up daripada Kerajaan sebanyak $17.50, Ahli SPK Bekerja Sendiri yang Disahkan hendaklah:
● Membuat caruman pada kadar yang ditetapkan selewat-lewatnya pada 15 haribulan bulan berikutnya.
Contoh, Bagi menerima caruman Match-up bagi caruman bulan April, pembayaran mesti dibuat tidak lewat daripada 15 Mei.
● Sekiranya caruman kedua dibuat bagi bulan yang sama sebelum tarikh akhir, ia akan dianggap sebagai caruman sukarela dan tidak diberikan Match-up daripada Kerajaan.
● Ahli juga perlu memastikan dokumen pengesahan bekerja sendiri diperbaharui dan dikemas kini setiap tahun melalui e-Amanah.