SPK Silver Generation (Umur 50-59)

Soalan-soalan lazim ini adalah bagi Ahli yang telah menangguhkan SPK sehingga membuat Pengeluaran TAP 55 Tahun.

Bagi Ahli kategori ini tetapi telah menyertai skim SPK, sila rujuk Soalan-Soalan Lazim Skim Persaraan Kebangsaan.

Objektif SPK adalah untuk mengukuhkan keselamatan sosial Ahli TAP semasa persaraan dengan mengambil kira pelbagai faktor dan cabaran yang sedang dihadapi seperti:

a) Kecukupan pendapatan persaraan - Menggunakan kaedah Kadar Penggantian Pendapatan atau Income Replacement Rate (IRR) untuk memberikan pendapatan persaraan yang lebih baik kepada setiap kumpulan, terutamanya golongan berpendapatan rendah.

b) Peningkatan jangka hayat - Pendapatan persaraan akan dibayar sebagai pembayaran anuiti seumur hidup, yang melindungi daripada risiko umur panjang (peningkatan jangka hayat) untuk Ahli.

c) Keperluan Pengeluaran - Di bawah SPK, pengeluaran adalah lebih fleksibel dan boleh digunakan untuk menampung keperluan pra-persaraan Ahli.

d) Kebajikan Tanggungan - Perlindungan bagi tanggungan diperluaskan untuk memberi perlindungan sebelum dan selepas bersara.

e) Inklusiviti - Ia adalah skim yang lebih inklusif yang memastikan semua jenis pekerjaan (pekerja sektor formal dan tidak formal) terjaga.

Skim TAP dan SCP akan dikekalkan bagi Ahli yang memilih untuk menangguhkan penyertaan ke SPK. Skim-skim ini akan digantikan dengan SPK sebaik sahaja semua ahli TAP/SCP telah bertukar kepada SPK.

Tidak. Bagi yang masih berkhidmat dalam jawatan uniform adalah dikecualikan daripada SPK. Namun, sekiranya awda bekerja semula selepas perkhidmatan awda dan menerima pencen, Majikan awda mesti mendaftarkan awda di dalam SPK untuk layak menerima faedah SPK.

Bagi Ahli yang berumur 50 hingga 59 tahun dan belum mengeluarkan Pengeluaran TAP 55 tahun, masih mempunyai pilihan berikut:

Pilihan 1: Sertai SPK serta-merta sebaik dilaksanakan.

Pilihan 2: Menangguhkan penyertaan SPK dan mengeluarkan Pengeluaran TAP 55 tahun.

Untuk mendapatkan maklumat dan panduan untuk membantu awda membuat pilihan yang tepat, TAP menyediakan sesi konsultasi secara berterusan kepada Ahli. Awda boleh mendapatkan sesi konsultasi dengan mengunjungi mana-mana cawangan TAP.

Ya. Jika awda telah memilih untuk menangguhkan menyertai SPK dan belum membuat sebarang pengeluaran di bawah TAP, awda masih boleh meneruskan permohonan pengeluaran TAP 50 tahun (jika belum mengeluarkan) dan TAP 55 tahun. 

Jika awda sedang menetap di luar negara dan memerlukan maklumat mengenai pilihan yang ada, awda boleh memohon sesi konsultasi dengan menghantar emel kepada vas@tap.com.bn atau ask@tap.com.bn. Sila berikan nama penuh, nombor IC, alamat terkini dan nombor telefon bimbit luar negara. Pihak TAP akan menghubungi awda untuk menjadualkan sesi konsultasi menggunakan platform dalam talian seperti ZOOM atau Microsoft Teams untuk membantu awda selanjutnya.

Jika awda memilih untuk menangguhkan penyertaan awda dalam SPK dan kekal masih dalam skim TAP dan SCP, tiada perubahan pada skim-skim pengeluaran. Pengeluaran TAP kekal sama. Penyelarasan di bawah skim baru ini adalah berkaitan dengan caruman Ahli, yang akan diselaraskan dengan kadar caruman SPK.

Ya, Ahli yang telah membuat pengeluaran TAP55 akan ditukar kepada SPK dan berpotensi menerima anuiti yang lebih baik. Kami menggalakkan awda untuk menghadiri sesi konsultasi SPK untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pelan persaraan awda dan bagaimana ia boleh dioptimakan.

Dalam SPK, terdapat penambahbaikan di mana caruman mandatori boleh dibuat sehingga Ahli umur 60 tahun, dan awda akan menerima akaun SPK baharu. Awda dan Majikan awda boleh terus mencarum secara sukarela di samping caruman wajib awda, dan caruman sukarela ini akan dimasukkan ke Akaun Ahli SPK awda.