Skim Persaraan Kebangsaan
Objektif SPK adalah untuk mengukuhkan keselamatan sosial Ahli TAP semasa persaraan dengan mengambil kira pelbagai faktor dan cabaran yang sedang dihadapi seperti:
a) Kecukupan pendapatan persaraan - Menggunakan kaedah Kadar Penggantian Pendapatan atau Income Replacement Rate (IRR) untuk memberikan pendapatan persaraan yang lebih baik kepada setiap kumpulan, terutamanya golongan berpendapatan rendah.
b) Peningkatan jangka hayat. - Pendapatan persaraan akan dibayar sebagai pembayaran anuiti seumur hidup, yang melindungi daripada risiko umur panjang (peningkatan jangka hayat) untuk Ahli.
c) Keperluan Pengeluaran - Di bawah SPK, pengeluaran adalah lebih fleksibel dan boleh digunakan untuk menampung keperluan pra-persaraan Ahli.
d) Kebajikan Tanggungan - Perlindungan bagi tanggungan diperluaskan untuk memberi perlindungan sebelum dan selepas bersara.
e) Inklusiviti - Ia adalah skim yang lebih inklusif yang memastikan semua jenis pekerjaan (pekerja sektor formal dan tidak formal) terjaga.
Skim TAP dan SCP akan dikekalkan bagi Ahli yang memilih untuk menangguhkan penyertaan ke SPK. Skim-skim ini akan digantikan dengan SPK sebaik sahaja semua ahli TAP/SCP telah bertukar kepada SPK.
Tidak. Anggota yang sedang berkhidmat dalam jawatan beruniform (contohnya, ABDB, PPDB, Jabatan Penjara) dan layak menerima pencen kerajaan adalah dikecualikan daripada skim SPK.
Walau bagaimanapun, sekiranya awda kembali bekerja selepas tamat perkhidmatan dan menerima pencen, majikan baharu awda mesti hendaklah mendaftarkan awda di bawah SPK. Oleh itu, awda akan layak menerima manfaat SPK daripada pekerjaan tersebut.
Caruman SPK
Caruman daripada Ahli dan Majikan di bawah Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) diagihkan ke dalam dua akaun berasingan seperti berikut:
(1) Akaun Ahli SPK:
Caruman Ahli daripada gaji pokok akan dimasukkan ke dalam Akaun Ahli SPK. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan sebelum umur 60 tahun, dengan pengeluaran terakhir dibuat pada umur 60 tahun.
Ahli (awda) Mencarum 8.5% sebulan daripada gaji pokok Dikredit masuk ke dalam Akaun Ahli SPK
(2) Akaun Persaraan SPK: Caruman Majikan adalah berdasarkan kadar yang ditetapkan mengikut kumpulan gaji Ahli. Semua caruman Majikan akan dimasukkan ke dalam Akaun Persaraan SPK, yang hanya boleh diakses apabila mencapai umur 60 tahun. Ahli akan menerima bayaran anuiti bulanan sehingga sepanjang hayat daripada akaun in.
Majikan Mencarum mengikut kadar caruman yang ditetapkan Dikredit masuk kedalam Akaun Persaraan SPK.
Kadar caruman mandatori Ahli di bawah SPK adalah kekal, iaitu sebanyak 8.5% daripada gaji Ahli. Tiada kadar minimum atau maksimum yang ditetapkan bagi caruman Ahli.
Caruman mandatori Majikan adalah berdasarkan kadar yang ditetapkan mengikut kumpulan gaji Pekerja mereka.
Di bawah SPK,tidak ada lagi kadar had maksimum bagi caruman mandatori.
- Perkiraan caruman adalah berdasarkan jumlah penuh daripada gaji pokok Ahli.
- Majikan hendaklah mencarum mengikut kadar caruman yang ditetapkan dengan had caruman minimum sebanyak, $57.50.
Kadar caruman SPK digenapkan kepada dua mata perpuluhan.
Jumlah caruman adalah berdasarkan gaji pokok sahaja.
Pengiraan Caruman:
- Caruman daripada Pekerja = $1,000.00 x 8.5% = $85.00 dikreditkan ke dalam Akaun Ahli SPK
- Caruman daripada Majikan awda ialah $1,000.00 x 10.5% = $105.00 dikreditkan ke dalam Akaun Persaraan SPK
Sekiranya awda tidak mempunyai gaji pokok, Komisen awda akan dianggap sebagai gaji untuk tujuan pembayaran caruman
Pengiraan Caruman:
- Caruman daripada Ahli adalah $400.00 x 8.5% = $34.00 Dikreditkan ke dalam Akaun Ahli SPK
- Caruman daripada Majikan awda adalah $57.50 (kadar caruman minimum) Dikreditkan ke dalam Akaun Persaraan SPK
Di bawah SPK, Gaji merujuk kepada pembayaran atau transaksi dalam bentuk wang yang perlu dibayar kepada seorang pekerja atas kerja yang dilakukan. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada::
- Gaji Pokok
- Bagi pekerja yang tidak mempunyai gaji pokok tetap, ia termasuk:
- Elaun
- Elaun Perantisan
- Komisen
- Yuran Pengarah
- Sebarang imbuhan lain berdasarkan kerja yang dilakukan
Jenis-jenis imbuhan yang TIDAK mandatori dimasukkan sebagai gaji di bawah SPK adalah seperti berikut:
- Bonus.
- Kenaikan gaji secara kebelakangan.
- Elaun Memangku.
- Elaun Khas.
-Elaun Sara Hidup.
- Elaun Lebih Masa.
- Elaun Perumahan.
- Elaun Perubatan.
- Elaun Kemudahan.
- Elaun Perjalanan.
- Pembayaran bekalan makanan, bahan api, elektrik dan air.
- Bayaran Ganjaran (Baksis).
- Caj Perkhidmatan.
- Faedah pemberhentian, pemberhentian pekerja atau penamatan kerja.
- Perbelanjaan yang tidak dijangka dari jenis pekerjaan.
- Bayaran Caruman kepada Dana Pencen atau Tabung Dana.
Jika awda tidak pasti mengenai jenis imbuhan, awda boleh menghantar e-mel kepada kami melalui enforcement@tap.com.bn.
Akaun Ahli SPK
The SPK Member Account is one of the two main accounts under the Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) scheme. It is where:
Akaun Ahli SPK adalah merupakan salah satu daripada dua akaun utama di bawah skim Skim Persaraan Kebangsaan (SPK). Ia adalah tempat di mana:
- Kesemua caruman yang diterima daripada Ahli
- Caruman sukarela yang diterima daripada Ahli dan Majikan..
Pekerja adalah dimandatorikan untuk mencarum pada kadar 8.5% daripada gaji pokok ke dalam akaun ini. Akaun Ahli SPK ini hanya dapat diakses bagi kegunaan keperluan pra-persaraan yang menawarkan fleksibiliti dalam cara dan masa akaun ini digunakan.
Akaun Ahli menawarkan beberapa manfaat untuk simpanan persaraan awda:
- Pengumpulan Caruman: Semua caruman yang dicarumkan dari gaji pokok Ahli dan Caruman Sukarela Ahli atau Majikan akan dikreditkan ke dalam Akaun Ahli, dan pada masa yang sama simpanan tersebut akan bertambah dari masa ke semasa.
- Pengeluaran lump sum pada umur 60 tahun: Setelah awda mencapai umur 60 tahun, awda mempunyai pilihan untuk:
- Mengeluarkan 100% daripada simpanan awda secara penuh (lump sum), atau
- Menerima bayaran anuiti bulanan bagi tempoh 10, 15 atau 20 tahun, atau
- Mengeluarkan sebahagian secara penuh dan menerima baki selebihnya sebagai bayaran anuiti bulanan.
3. Pengeluaran Pra-Persaraan: Awda juga boleh membuat pengeluaran sebahagian atau penuh daripada Akaun Ahli awda untuk keperluan tertentu sebelum mencapai umur 60 tahun. Antara jenis pengeluaran yang disediakan termasuklah:
- Pengeluaran pada Umur 45: Awda boleh mengeluarkan 30% daripada Akaun Ahli.
- Pengeluaran pada Umur 50: Awda boleh mengeluarkan 30% daripada Akaun Ahli.
- Pengeluaran pada Umur 55: Awda boleh mengeluarkan 30% daripada Akaun Ahli.
- Pengeluaran untuk Keperluan Perumahan: Selepas mencapai umur 40 tahun, awda boleh mengeluarkan sehingga 50% daripada Akaun Ahli untuk membina, membeli, membaiki atau mengubahsuai rumah.
- Pengeluaran hak waris: Sekiranya Ahli meninggal dunia, waris boleh mengeluarkan 100% daripada Akaun Ahli.
- Pengeluaran hilang keupayaan: Jika Ahli telah hilang upaya untuk menjalankan tugas, 100% daripada Akaun Ahli boleh dikeluarkan.
- Pengeluaran melucutkan kerakyatan: Ahli yang melucutkan kerakyatan mereka boleh mengeluarkan 100% daripada Akaun Ahli.
- Pengeluaran Penyakit Terminal: Ahli yang menderita penyakit terminal boleh mengeluarkan 100% daripada Akaun Ahli.
- Pengeluaran umur 55+ (Bersara Awal): Ahli yang bersara pada usia 55 tahun dan ke atas boleh mengeluarkan 100% daripada Akaun Ahli dan dibayarkan secara bulanan sehingga Ahli mencapai umur 60 tahun.
Jenis-jenis pengeluaran ini memberikan fleksibiliti untuk mengakses simpanan awda berdasarkan keadaan dan keperluan tertentu sepanjang hayat kerja awda dan semasa persaraan.
Ya, pembayaran zakat dibolehkan ke atas simpanan dalam Akaun Ahli SPK sahaja.
Ahli boleh mendapatkan penyata akaun mereka melalui portal dalam talian TAP, e-Amanah, dan mengemukakan penyata tersebut kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk pembayaran zakat
Ya, Akaun Ahli SPK menerima pulangan dividen pada kadar pulangan 2.5% setahun bagi membantu Ahli meningkatkan simpanan mereka dan memperkukuh keseluruhan simpanan persaraan mereka.
Akaun Persaraan SPK
Akaun Persaraan SPK ialah dana terkumpul yang mengandungi caruman daripada kesemua Majikan dengan tambahan yang diterima daripada Kerajaan berupa bantuan kewangan. Dana terkumpul ini digunakan untuk bayaran anuiti bulanan kepada Ahli apabila bersara pada umur 60 tahun
- Majikan mencarum mengikut kadar caruman yang ditetapkan iaitu mengikut kumpulan gaji Pekerja.
- Semua caruman Majikan dimasukkan ke dalam akaun ini dan tidak boleh diakses sebelum mencapai umur 60 tahun.
Ahli SPK yang merupakan Warganegara atau Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam (Stateless) layak menerima manfaat penuh SPK, iaitu:
- Pembayaran Anuiti SPK sehingga sepanjang hayat (pendapatan bulanan semasa persaraan)
- Anuiti SPK minimum sebanyak $250 sebulan
- Anuiti yang diselaraskan mengikut kadar inflasi
- Manfaat turunan kepada tanggungan Ahli yang memberikan perlindungan berterusan sekiranya Ahli meninggal dunia
Manakala bagi, Ahli yang merupakan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang mempunyai warganegara asing akan menerima manfaat di bawah SPK Basic.
Anuiti SPK adalah pembayaran bulanan yang akan awda terima daripada Akaun Persaraan SPK bermula umur 60 tahun.
- Ianya adalah daripada Caruman Majikan awda beserta bantuan kewangan daripada Kerajaan
- Objektifnya adalah untuk menyediakan pendapatan yang stabil dan konsisten sepanjang tempoh persaraan awda.
Jumlah dan tempoh Anuiti SPK awda adalah dikira berdasarkan oleh beberapa faktor, iaitu:
- Anggaran Perbelanjaan Isi Rumah
- Purata Kadar Penggantian Pendapatan (IRR)
- Purata Gaji Ahli
- Kadar Inflasi
- Produktiviti Kerja
- Caruman Majikan
Faktor-faktor ini memastikan anuiti mencerminkan keperluan kewangan awda semasa persaraan serta caruman yang telah dibuat sepanjang hayat pekerjaan awda.
Ya, setelah awda membuat permohonan Pengeluaran SPK 60 daripada Akaun Ahli SPK awda, awda akan mula menerima bayaran anuiti bulanan daripada Akaun Persaraan SPK sehingga sepanjang hayat — tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
Jumlah dan tempoh pembayaran adalah berdasarkan faktor-faktor berikut:
- Anggaran Perbelanjaan Isi Rumah
- Purata Kadar Penggantian Pendapatan (IRR)
- Purata Gaji Ahli
- Kadar Inflasi
- Produktiviti Kerja
- Jumlah Caruman Majikan
Produktiviti dan gaji yang lebih tinggi boleh menghasilkan anuiti bulanan yang lebih besar serta tempoh pembayaran yang lebih panjang.
Ahli yang merupakan Warganegara Brunei Darussalam adalah layak untuk menerima Anuiti SPK minimum sebanyak $250 sebulan.
Walau bagaimanapun, Ahli boleh menerima jumlah Anuiti SPK yang lebih tinggi, bergantung kepada faktor seperti produktiviti dan purata gaji.
Anuiti SPK setiap Ahli akan dikira secara individu
Akaun Persaraan SPK ialah dana terkumpul yang mengandungi caruman daripada kesemua Majikan dengan tambahan yang diterima daripada Kerajaan berupa bantuan kewangan. Akaun ini juga menerima pulangan dividen yang membantu meningkatkan bayaran anuiti SPK Ahli apabila mencapai umur 60 tahun, bagi membantu dalam memberikan pendapatan persaraan yang lebih stabil dan terjamin.
Ya, Awda masih boleh menyertai SPK. Keahlian SPK adalah berdasarkan kelayakan umur, bukan status pekerjaan. Ini bermakna awda layak untuk menyertai walaupun awda sedang tidak bekerja atau digantung kerja.
Walaubagaimanapun, perkiraan anuiti SPK adalah berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :
- Purata Kadar Penggantian Pendapatan (IRR)
- Purata Gaji
- Produktiviti Kerja
Sekiranya awda tidak aktif mencarum disebabkan tidak lagi berkerja atau digantung kerja, ianya akan menjejaskan faktor perkiraan produktiviti kerja yang boleh menyebabkan penerimaan jumlah anuiti SPK yang rendah.
SPK menggalakkan semua Ahli untuk terus aktif, sama ada dalam sektor formal atau tidak formal, bagi mengekalkan atau meningkatkan produktiviti, yang boleh menjaminkan Anuiti SPK yang lebih tinggi dan persaraan yang lebih selesa.
Tidak. Akaun Persaraan SPK adalah khusus bagi penerimaan daripada Majikan sahaja. Ahli tidak boleh membuat caruman terus ke dalam akaun ini.
Walau bagaimanapun, Ahli boleh membuat caruman sukarela ke dalam Akaun Ahli SPK untuk menambahkan lagi simpanan persaraan.
Sekiranya Ahli meninggal dunia:
- Baki simpanan di dalam akaun Persaraan SPK akan dibayarkan kepada pentadbir penama yang telah dilantik.
- Sekiranya Ahli berugama Islam, pentadbir penama hendaklah mengagihkan simpanan SPK mengikut Hukum Syara'
- Sekiranya tidak ada lantikan pentadbir, jumlah simapan akan diberikan kepada Pejabat Waris bagi diagihkan mengikut prosedur undang-undang.
SPK Basic
SPK Basic adalah merupakan manfaat persaraan yang diberikan kepada Ahli SPK yang merupakan Penduduk Tetap Brunei Darussalam tetapi memiliki Kewarganegaraan Asing.
SPK Basic memberikan manfaat anuiti bermula pada umur 60 tahun, di mana simpanan Akaun Persaraan SPK Ahli akan dibayar setiap bulan selama 20 tahun. Anuiti bulanan dikira dengan membahagikan jumlah baki Akaun Persaraan SPK dengan 240 bulan (20 tahun).
Jika anuiti bulanan kurang daripada $500, pembayaran anuiti di bawah SPK Basic akan dinaikkan kepada $500 sebulan dan dibayar sehingga simpanan Akaun Persaraan SPK habis.
If the monthly annuity is less than $500, the annuity payment under the SPK Basic scheme will be rounded up to $500 per month and paid until the SPK Retirement Account savings are exhausted.
Sekiranya awda telah dianugerahkan Warganegara Brunei Darussalam, awda akan layak menerima manfaat penuh SPK:
- Anuiti SPK sehingga sepanjang hayat
- Anuiti SPK bulanan yang terjamin
- Manfaat turunan bagi tanggungan
Awda hendaklah mengemaskinikan status kewarganegaraan kepada pihak TAP dengan segera bagi memastikan akaun dan manfaat awda dapat diselaraskan sewajarnya.
Jika awda memegang Kad Pengenalan Ungu dan bukan warganegara asing, awda layak menerima manfaat skim sebagai Ahli SPK yang biasa (Enhance).
Walau bagaimanapun, jika awda kini termasuk dalam SPK Basic, awda perlu mengemas kini status kewarganegaraan awda melalui perkhidmatan e-Amanah sesegeranya bagi memastikan akaun dan manfaat awda diselaraskan dengan sewajarnya.