Tanggungjawab Majikan
Tidak, Majikan tidak perlu mendaftarkan semula Pekerja mereka untuk SPK. Sebaik sahaja SPK dilaksanakan, Pekerja akan ditukar secara automatik kepada SPK. Walau bagaimanapun, bagi Pekerja yang telah memilih untuk menangguhkan penyertaan mereka dan berumur antara 50 hingga 59 tahun, mereka akan ditukar secara automatik kepada SPK selepas mereka membuat pengeluaran TAP mereka pada usia 55 tahun.
Tidak, Majikan tidak perlu mendaftarkan semula Pekerja mereka untuk SPK. Sebaik sahaja SPK dilaksanakan, Pekerja akan ditukar secara automatik kepada SPK. Walau bagaimanapun, bagi Pekerja yang telah memilih untuk menangguhkan penyertaan mereka dan berumur antara 50 hingga 59 tahun, mereka akan ditukar secara automatik kepada SPK selepas mereka membuat pengeluaran TAP mereka pada usia 55 tahun. Saya mempunyai Pekerja yang dalam golongan Silver Generation (50 - 59 tahun). Adakah saya perlu mendaftarkan mereka ke SPK dan mencarum ke Akaun SPK? Tidak. Awda tidak perlu mendaftarkan Pekerja awda ke SPK. Ahli yang berumur antara 50 – 59 tahun diberi pilihan samada untuk menyertai SPK serta-merta atau menangguhkan penyertaan kepada SPK. Jika Ahli menyertai SPK serta-merta, Akaun TAP dan SCP mereka akan ditukar kepada Akaun SPK secara automatik. Jika Ahli memilih untuk menangguhkan menyertai SPK, Akaun TAP dan SCP mereka akan kekal aktif sehingga mereka mengeluarkan TAP55 mereka. Awda perlu merujuk kepada Pekerja awda mengenai pilihan mereka untuk mengelakkan caruman yang salah. Ini juga akan dipaparkan dalam e-Amanah apabila awda ingin membayar caruman Pekerja awda.
Pekerja yang merupakan warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berumur di bawah 60 tahun dikehendaki berdaftar dan mencarum kepada SPK.
Ya. Pekerja di bawah umur 60 tahun yang sedang menerima Skim Pencen Kerajaan dan kembali bekerja di sektor awam atau swasta dikehendaki berdaftar dan mencarum dengan SPK.
Tidak, Majikan tidak perlu mendaftarkan Pekerja ini. Pekerja yang telah memilih untuk menyertai SPK serta-merta akan ditukar secara automatik kepada SPK. Sementara itu, mereka yang belum membuat sebarang keputusan akan kekal dalam skim TAP dan SCP.