Manfaat Akaun Persaraan

Skim Persaraan Kebangsaan

Bekerja Sendiri

Ketahui lebih lanjut mengenai manfaat Akaun Persaraan SPK bagi Ahli SPK Bekerja Sendiri yang Disahkan.

Apakah Akaun Persaraan SPK?


Akaun Persaraan SPK ialah dana terkumpul hasil daripada caruman yang dibuat oleh Majikan-Majikan serta bantuan tambahan daripada pihak Kerajaan termasuk manfaat Match-Up dari pihak Kerajaan untuk Ahli SPK Bekerja Sendiri.Dana yang terkumpul di dalam Akaun Persaraan SPK ini akan digunakan untuk bayaran bulanan (Anuiti SPK) kepada Ahli semasa persaraan mereka.


Ahli SPK Bekerja Sendiri akan mencarum ke dalam Akaun Persaraan SPK dan pihak Kerajaan akan mencarum Match-Up sebanyak $17.50 ke dalam akaun tersebut, sebagai ganti Majikan memandangkan individu ini tidak mempunyai Majikan.


Bolehkah saya mencarum lebih ke dalam Akaun Persaraan SPK ini?


Akaun Persaraan SPK ini adalah khas untuk caruman daripada Majikan dan Match-Up dari pihak Kerajaan sahaja. Ahli boleh mencarum secara sukarela di dalam Akaun Ahli SPK untuk membantu meningkatkan simpanan persaraan Ahli.

Manfaat Akaun Persaraan SPK

Manfaat Akaun Persaraan SPK bagi Ahli SPK Bekerja Sendiri tidak berbeza dari Ahli SPK yang lainnya. Bagi Ahli SPK Bekerja Sendiri, tidak ada Majikan tetapi pihak Kerajaan yang akan mencarumkan ke dalam Akaun Persaraan SPK untuk memastikan kebajikan individu yang Bekerja Sendiri ini terjamin semasa persaraan. Tambahan pula, tanggungan Ahli SPK Bekerja Sendiri ini juga dilindungi Manfaat Turunan.


Manfaat Akaun Persaraan SPK

untuk Ahli Warganegara dan Penduduk Tetap (Stateless)


Ahli SPK Bekerja Sendiri Warganegara (Kad Pengenalan Kuning) dan Penduduk Tetap (Stateless - Kad Pengenalan Ungu) berkelayakan untuk menerima manfaat penuh Akaun Persaraan SPK.

Manfaat Anuiti SPK bagi Warganegara & Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam (Stateless)


Anuiti yang boleh mencapai sehingga sepanjang hayat
Anuiti minimum sebanyak $250.00 bagi Ahli berkerakyatan Brunei dan Penduduk Tetap (Stateless)
Anuiti diselaras dengan inflasi
Tanggungan dilindungi Manfaat Turunan

Manfaat Akaun Persaraan SPK

bagi Ahli SPK Bekerja Sendiri Warganegara Asing


Ahli SPK Warganegara Asing (Kad Pengenalan Ungu) akan menerima manfaat SPK Basic.

Apakah SPK Basic?


SPK Basic adalah manfaat pembayaran anuiti yang diberikan pada umur 60 tahun, di mana simpanan Ahli bekerja sendiri di dalam Akaun Persaraan SPK ahli akan dibayar secara bulanan selama 20 tahun. Jumlah pembayaran bulanan ini dikira berdasarkan jumlah keseluruhan simpanan Ahli di dalam Akaun Persaraan SPK yang dibahagikan kepada 240 bulan. 

Sekiranya anuiti bulanan adalah kurang daripada $500.00, pembayaran anuiti akan digenapkan ke $500.00 sebulan dan pembayaran adalah sehingga simpanan Ahli di dalam Akaun Persaraan SPK habis. Manfaat bagi Akaun Ahli SPK adalah masih sama seperti Ahli SPK yang lain.

Manfaat Anuiti SPK bagi Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam (Warganegara Asing)



Menerima anuiti mencapai sehingga 20 tahun atau sehingga habis

Anuiti minimum sebanyak $500.00 sebulan

Anuiti tertakluk kepada jumlah caruman majikan sepanjang tempoh pekerjaan Ahli