Manfaat Akaun Ahli

Skim Persaraan Kebangsaan

Bekerja Sendiri

Ketahui lebih lanjut mengenai manfaat Akaun Ahli SPK  bagiAhli SPK.

Apakah Akaun Ahli SPK?


Akaun Ahli SPK ialah akaun yang mana kesemua caruman daripada Ahli termasuk caruman sukarela daripada Ahli dan Majikan dimasukkan sebagai simpanan Ahli.


​Bagi Ahli SPK Bekerja Sendiri yang Disahkan: Caruman sukarela yang dimasukkan ke dalam Akaun Ahli SPK jika ia kurang daripada $17.50 atau melebihi $40.00 (jumlah yang melebihi $40.00).


Bagi Ahli SPK Bekerja Sendiri yang Belum Disahkan: Semua caruman sukarela akan dimasukkan ke dalam Akaun Ahli SPK tanpa mengira jumlah yang dicarumkan.


Simpanan di dalam Akaun Ahli SPK boleh dikeluarkan untuk. kegunaan sebelum persaraan.

Manfaat Akaun Ahli SPK 


Akaun Ahli SPK ialah akaun simpanan yang memberikan manfaat berikut:

Simpanan
yang Terkumpul



Semua caruman (mandatori dan sukarela) akan dimasukkan ke Akaun Ahli SPK, untuk memastikan simpanan Ahli akan meningkat dari semasa ke semasa.

Pengeluaran Secara Keseluruhan pada Umur 60 Tahun


Ahli mempunyai pilihan untuk mengeluarkan 100% simpanan secara ke keseluruhan semasa mencapai umur 60 tahun. Ini memberikan Ahli sejumlah dana yang boleh digunakan semasa persaraan nanti.

Pengeluaran

Pra-Persaraan



Ahli yang berkelayakan boleh membuat pengeluaran secara separa atau penuh daripada Akaun Ahli SPK untuk tujuan yang tertentu sebelum mencapai umur 60 tahun. Pengeluaran yang dibenarkan memberi peluang untuk Ahli menggunakan simpanan mengikut keperluan keadaan semasa tempoh bekerja dan semasa bersara.


Ketahui lebih lanjut

Adakah Akaun Ahli SPK Menerima Dividen?

Ya, pada kadar 2.5% setahun

Akaun Ahli menerima dividen tahunan sebanyak 2.5%, membolehkan Ahli menerima pulangan dan meningkatkan simpanan persaraan.