Manfaat Turunan
Skim Persaraan Kebangsaan

Bekerja Sendiri

Ketahui lebih lanjut manfaat yang diterima daripada Akaun Persaraan SPK oleh tanggungan Ahli apabila Ahli meninggal dunia.

Apakah Manfaat Turunan?


Pembayaran manfaat diberikan kepada tanggungan Ahli daripada Akaun Persaraan SPK sekiranya Ahli meninggal dunia. 

Manfaat ini khusus bagi Warganegara dan Penduduk Tetap (Stateless) Negara Brunei Darussalam.



Sekiranya Ahli Meninggal Dunia


Tanggungan bagi Ahli Bekerja Sendiri adalah dilindungi di bawah Manfaat Turunan daripada Akaun Persaraan SPK, sama seperti semua Ahli SPK lain.

Nota: Tertakluk kepada terma dan syarat. Manfaat turunan adalah seperti berikut:

  • Ahli SPK Bekerja Sendiri (ENHANCE) -Warganegara dan Penduduk Tetap (Stateless) Brunei Darussalam layak menerima semua manfaat seperti Ahli SPK yang lain. 
  • Ahli SPK Bekerja Sendiri (BASIC) – Ahli yang merupakan Warganegara Asing (pemegang Kad Pengenalan Ungu) layak menerima manfaat asas daripada Akaun Persaraan SPK


Manfaat Turunan memberikan manfaat kepada tanggungan Ahli yang berkelayakan untuk membantu meringankan beban tanggungan disebabkan kematian Ahli.


Sekiranya tiada tanggungan yang layak menerima manfaat, baki Manfaat Turunan akan dibayarkan secara keseluruhan (lump sum) kepada waris atau Pentadbir Penama.

 Tanggungan yang Layak



Suami atau isteris yang belum berkahwin semula



Anak-anak berumur di bawah 21 tahun dan belum. berkahwin



Ibu bapa bagi Ahli yang belum berkahwin

Memahami Garis Masa Manfaat Turunan

Jika ahli meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun: 

  • Tempoh menerima Manfaat Turunan: 15 tahun.
  • Jumlah: $400.00 sebulan atau 50% daripada anggaran anuiti terkini, tertakluk mana yang lebih tinggi.

  • Kelayakan Ahli: Minimum sebanyak $400.00 sebulan jika Ahli yang meninggal dunia telah mencarum sekurang-kurangnya 25% daripada tempoh keahlian sebagai Ahli TAP atau telah mencarum 3 bulan kebelakangan sebelum meninggal dunia.

Umur

60 tahun

75 tahun 

Jika Ahli Meninggal Dunia Antara Umur 60 dan 75:

  • Tanggungan akan menerima pembayaran manfaat selama baki tempoh umur Ahli meninggal dunia sehingga umur Ahli 75 tahun (sekiranya Ahli masih hidup).

  • Jumlah: $250.00 sebulan atau 50% daripada anggaran anuiti terkini, tertakluk mana yang lebih tinggi.