Manfaat SPK Gold Generation
Ahli yang merupakan Warganegara dan Penduduk Tetap (Stateless) Brunei Darussalam adalah berhak menerima manfaat-manfaat berikut:

Anuiti sehingga sepanjang hayat

Minimum Anuiti sebanyak $250 bagi Ahli berwarganegara Brunei dan Penduduk Tetap (Stateless)

Anuiti diselaraskan dengan Inflasi
Perkara yang awda perlu tahu sebagai Ahli SPK Gold
Ahli yang mempunyai baki simpanan SCP MELEBIHI $12,000.00
(sebelum peralihan SPK)
Sekiranya SCP telah dikeluarkan dan Ahli sedang menerima SCP bulanan:
Pembayaran anuiti bulanan akan dinaikkan ke minima $250 sebulan.
Anuiti akan diterima sehingga sepanjang hayat.
Sekiranya SCP belum dipohonkan untuk pengeluaran pada umur 60:
Jumlah baki simpanan SCP akan dikreditkan ke dalam Akaun Ahli SPK.
- Pengeluaran adalah tertakluk kepada terma dan persyaratan pengeluaran Akaun Ahli SPK.
- Ahli akan menerima SPK Anuiti (bulanan) minima $250 sebulan dan diterima sehingga sepanjang hayat.
Ahli yang mempunyai baki simpanan SCP $12,000.00 DAN KE BAWAH (sebelum peralihan SPK)
Sekiranya simpanan SCP telah dikeluarkan sepenuhnya (lump sum):
Ahli akan menerima SPK Anuiti (bulanan) minima $250 sebulan.
- Tempoh penerimaan SPK Anuiti adalah berdasarkan kepada jumlah manfaat Bantuan Kerajaan.
Sekiranya SCP belum dipohonkan untuk pengeluaran pada umur 60:
Jumlah baki simpanan SCP akan dikreditkan ke dalam Akaun Ahli SPK.
- Pengeluaran adalah tertakluk kepada terma dan persyaratan pengeluaran Akaun Ahli SPK.
- Ahli akan menerima Anuiti (bulanan) SPK minima $250 sebulan.
- Tempoh penerimaan Anuiti SPK adalah berdasarkan kepada jumlah manfaat Bantuan Kerajaan.