Manfaat SPK Gold Basic
Ahli SPK Gold Generation Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam (Warganegara Asing)akan menerima manfaat dari Akaun Persaraan SPK seperti berikut:
Menerima anuiti selama 20 tahun atau sehingga baki simpanan habis.
Anuiti minimum $500 sebulan

Perkiraan anuiti berdasarkan jumlah keseluruhan simpanan akaun SCP sebelum peralihan ke SPK
Perkara yang awda perlu tahu sebagai Ahli SPK Gold Basic
Ahli yang mempunyai baki simpanan SCP MELEBIHI $12,000.00 (sebelum peralihan SPK)
Sekiranya SCP telah dikeluarkan dan Ahli sedang menerima SCP bulanan:
Ahli akan menerima anuiti $500 sebulan sehingga baki simpanan persaraan habis.
Sekiranya SCP belum dipohonkan untuk pengeluaran pada umur 60
Jumlah anuiti SCP kebelakangan dari umur 60 tahun sehingga Jun 2023 akan dikreditkan sepenuhnya ke dalam Akaun Ahli SPK dan boleh dikeluarkan sepenuhnya. Pengeluaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat Akaun Ahli SPK.
Manakala baki selepas pelancaran SPK (15 Julai 2023) akan dikreditkan ke dalam Akaun Persaraan SPK, di mana Ahli akan menerima anuiti bulanan sebanyak $500.00 sehingga baki simpanan persaraan habis.
Ahli yang mempunyai baki simpanan SCP $12,000.00 DAN KEBAWAH (sebelum peralihan SPK) :
Sekiranya simpanan SCP telah dikeluarkan sepenuhnya (lump sum):
Ahli tidak lagi mempunyai baki dalam Akaun Persaraan kerana keseluruhan baki SCP telah pun dikeluarkan.
