Pengeluaran SPK Umur (45, 50, 55, 60 Tahun)
Ahli berkelayakan untuk membuat pengeluaran setelah mencapai umur 45, 50, 55 dan 60 tahun, SEKALI untuk setiap kelayakan umur. Ahli digalakkan untuk merancang pengeluaran berdasarkan keperluan sebelum or semasa persaraan dan membelanjakan simpanan yang dikeluarkan dengan berhemat.
Pengeluaran SPK Umur boleh dikeluarkan untuk apa saja keperluan dan tidak terhad kepada berikut:
Pendidikan anak.
Keperluan rumah.
Simpanan tambahan untuk menunaikan ibadah Haji atau Umrah.
Pelaburan untuk menjamin persaraan atau pendapatan.
Melangsaikan atau mengurangkan hutang sebelum persaraan.
Lain-lain.

Kelayakan

45-59 Tahun

50-59 Tahun

55-59 Tahun

60 Tahun
Umur
Jumlah
30% dari baki Akaun Ahli SPK semasa 45 tahun.
30% dari baki Akaun Ahli SPK semasa 50 tahun.
30% dari baki Akaun Ahli SPK semasa 55 tahun.
100% dari baki Akaun Ahli SPK semasa 60 tahun.
ATAU
Pembayaran Anuiti secara bulanan bagi tempoh 10, 15 atau 20 tahun
ATAU
Mengeluarkan sebahagian secara sekaligus dan menerima baki selebihnya sebagai anuiti bulanan.
Syarat-Syarat Lain
Permohonan dibenarkan sekali bagi setiap Pengeluaran Umur.
Tatacara Pembayaran

Dibayarkan secara Penuh ke dalam akaun bank yang didaftarkan di bawah nama Ahli.
Dokumen yang Diperlukan
Pastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum menyerahkan permohonan.
Borang yang lengkap.
- Salinan Kad Pengenalan Ahli.
- Salinan butiran/penyata akaun bank atau buku bank Ahli yang terkini.
Permohonan Dalam Talian bagi
Pengeluaran SPK Umur
Awda boleh memohon pengeluaran ini dari rumah sahaja.