Caruman Sukarela

Ya, kedua-dua Ahli dan Majikan boleh membuat caruman sukarela, yang akan dikreditkan ke Akaun Ahli. Tiada jumlah minimum yang diperlukan untuk caruman sukarela, tetapi had maksimum untuk caruman sukarela Ahli dan Majikan ialah $1,000 sebulan.

Dalam SPK, objektif utama adalah untuk memupuk persekitaran yang adil dan inklusif untuk semua Ahli, di samping menggalakkan persaingan yang sihat dan memacu pertumbuhan industri.

Keputusan untuk menghadkan caruman sukarela adalah bertujuan untuk memastikan akses yang sama rata dan mewujudkan peluang untuk institusi kewangan lain. Dengan melaksanakan had ini, ianya juga mengurangkan risiko tumpuan dan menggalakkan ketersediaan pelbagai pilihan pelaburan persaraan.

Ketahui tatacara menambah simpanan Akaun Ahli SPK awda sini.

Akaun Persaraan hanya untuk caruman daripada Majikan. Walau bagaimanapun, awda mempunyai pilihan untuk membuat caruman sukarela ke dalam Akaun Ahli awda, yang boleh membantu awda menyimpan lebih banyak untuk persaraan awda.