Pengeluaran Skim

Pengeluaran SPK Perumahan

Pengeluaran SPK Perumahan hanya boleh dipohonkan sekali sahaja.

Bayaran akan dibuat secara sekaligus kepada Kontraktor / Bank / Pemaju / Kerajaan / Penjual.

Pengeluaran untuk rumah yang bukan atas nama Ahli, hanya boleh dibuat untuk rumah-rumah yang atas nama ahli keluarga terdekat seperti pasangan, ibu bapa, ibu bapa mertua, anak, adik- beradik, atau datuk nenek.

Ya, sila sertakan dokumen seperti berikut:


Baki Bayaran (Skim Perumahan Negara):
1. Salinan kad pengenalan Ahli.
2. Surat Pengesahan Baki Perumahan.
3. Salinan Surat Pengesahan memiliki rumah.

Baki Bayaran (Pinjaman Perumahan - Bank atau Jabatan Perbendaharaan):
1. Salinan kad pengenalan Ahli. 
2. Salinan Perjanjian Pembinaan atau Perjanjian Jual Beli. 
3. Salinan Geran Tanah. 
4. Salinan Perjanjian Pinjaman Perumahan. 
5. Salinan Penyata Baki Pinjaman terkini.

Nota : 
1. Pemohon hendaklah merujuk kepada pihak Bank mengenai dengan kos mendapatkan penyata baki pinjaman terkini dan surat persetujuan pembayaran (consent letter) 
2. Permohonan Pengeluaran Perumahan SPK ini hanya dapat dibuat sekali sahaja.

Prosesnya tetap sama, di mana awda mesti mendapatkan butiran bank penjual / kedai kerana pembayaran akan dibuat terus ke kedai. Awda juga perlu memberikan invois dan salinan sijil 16 & 17, bersama dengan Kad Pengenalan (IC) penjual / pemilik kedai.

Untuk maklumat terperinci mengenai sebarang kerja pengubahsuaian yang memerlukan kelulusan ABCi, sila lawati laman web ABCi di www.abci.gov.bn. Orang ramai amat digalakkan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Walau bagaimanapun, Ahli tidak perlu melampirkan dokumen sebagai sokongan untuk memohon pengeluaran.

Awda boleh merujuk laman web ABCi di www.abci.gov.bn untuk senarai kontraktor yang berdaftar di Brunei.

Ya, Ahli boleh memohon pengeluaran melalui Perumahan SPK dengan menyertakan salinan dokumen berikut:

  1. Kad pengenalan Ahli.
  2. Perjanjian Pembinaan atau Perjanjian Jual Beli.
  3. Geran Tanah.
  4. Perjanjian Pinjaman Perumahan.
  5. Penyata Baki Pinjaman terkini.

Ya, Ahli adalah dibolehkan untuk membuat pengeluaran sekaligus sekiranya mencukupi persyaratan bagi kedua-dua jenis pengeluaran.

Permohonan boleh dipohonkan dengan menyertakan dokumen sokongan dan pembayaran akan dibayarkan terus kepada pemaju / kontraktor / penjual. Sebagai tambahan, pemohon juga perlu mengisi dan menyertakan Borang Persetujuan bagi yuran transaksi pembayaran ke akaun luar negara. Borang Persetujuan boleh didapati di mana-mana Cawangan TAP.

Ahli adalah dinasihatkan untuk mempunyai kontrak atau perjanjian bersama Kontraktor bagi kerja-kerja pembinaan atau pengubahsuaian rumah Ahli untuk memastikan semua kepentingan kedua-dua pihak dilindungi sekiranya timbul sebarang pertikaian. Ahli juga dinasihatkan untuk mendapatkan duti setem bagi kontrak atau perjanjian tersebut di bahagian Pendaftaran Mahkamah Rendah, Bandar Seri Begawan. Dokumen yang tidak mendapatkan duti setem tidak dapat dijadikan sebagai bukti dimahkamah. Ahli atau Kontraktor juga boleh menggunakan templat Perjanjian Pengubahsuaian Rumah yang boleh dimuat turun dari laman sesawang TAP.

Pengeluaran SPK Umur (45, 50, 55 & 60 Tahun)

Ahli mempunyai pilihan untuk membuat pengeluaran pada Umur 45, 50, dan 55 tahun. Walau bagaimanapun, jika Ahli memilih untuk tidak membuat sebarang pengeluaran, Ahli boleh mendapat manfaat daripada dividen terkumpul ke atas simpanan dalam Akaun Ahli. Ahli mempunyai fleksibiliti untuk mengeluarkan simpanan mereka jika diperlukan sebelum mencapai umur 60 tahun.

Awda boleh memohon pengeluaran umur bermula dari ulang tahun ke-45, 50 atau 55. Sebaik sahaja awda mencapai umur yang layak, awda boleh memohon untuk pengeluaran tersebut.

Ya, awda mempunyai pilihan untuk membuat pengeluaran kurang daripada jumlah maksima yang dibenarkan iaitu 30%. Kadar 30% adalah had pengeluaran maksima, tetapi awda boleh memilih untuk mengeluarkan peratusan yang lebih kecil berdasarkan keperluan dan keutamaan awda.

Tidak. Awda boleh memohon pengeluaran mengikut keperluan peribadi awda.

Pengeluaran Pra-Persaraan Ahli boleh dibuat tanpa sebarang terma atau syarat tambahan sebaik sahaja awda mencapai umur yang ditetapkan:

  • 30% untuk pengeluaran pada Umur 45 tahun.
  • 30% untuk pengeluaran pada Umur 50 tahun.
  • 30% untuk pengeluaran pada Umur 55 tahun.
  • 100% untuk pengeluaran pada Umur 60 tahun.

Pengeluaran ini boleh memenuhi pelbagai keperluan pengeluaran Ahli termasuk tujuan yang dinyatakan.

Ya. Awda layak untuk membuat pengeluaran Umur 45 tahun di bawah SPK. Jumlah yang awda boleh keluarkan adalah 30% daripada baki simpanan Akaun Ahli awda pada tarikh pelaksanaan SPK.

Awda boleh memohon sekali sahaja untuk setiap jenis pengeluaran iaitu SPK45, SPK50 dan SPK55.

Permohonan pengeluaran boleh dibuat melalui saluran yang ditetapkan sebaik sahaja pelaksanaan SPK dilaksanakan. Sila rujuk prosedur yang telah ditetapkan untuk ahli yang berada di luar negara bagi memohon pengeluaran SPK yang akan dimaklumkan nanti.

Ya, pengeluaran boleh dibuat secara bulanan sama ada 10, 15, atau 20 tahun. Selain itu, Ahli juga mempunyai pilihan untuk mengeluarkan sebahagian sebagai sekaligus dan menerima baki selebihnya sebagai anuiti bulanan. Sebagai contoh, Ahli boleh mengeluarkan 50% secara sekaligus dan menerima baki 50% sebagai anuiti bulanan selama 10 tahun.

Sebagai alternatif, awda boleh menggunakan paspot yang sah sebagai bentuk pengenalan diri untuk tujuan pengesahan.

Pengeluaran SPK 55+ (Bersara Awal)

Tidak. Syaratnya adalah pada bila-bila masa selepas Ahli mencapai umur 55 tahun sehingga sebelum mencapai umur 60 tahun.

Jumlah yang diterima Ahli berdasarkan kepada jumlah dalam Akaun Ahli berkenaan yang akan dibayar setiap bulan sehingga Ahli mencapai umur 60 tahun. Sekiranya Ahli memohon Pengeluaran 55+ pada umur 55 tahun, jumlah baki dalam Akaun Ahli akan dibahagi kepada lima (5) tahun atau sehingga Ahli mencapai umur 60 tahun. Juga jika Ahli memohon Pengeluaran 55+ pada umur 57 tahun, jumlah baki dalam Akaun Ahli akan dibahagi kepada tiga (3) tahun atau sehingga Ahli mencapai umur 60 tahun pada umur Ahli momohon pengeluaran tersebut.

Ahli akan menerima tidak kurang daripada $500.00 sebulan dan jika jumlah simpanan Ahli tidak mencapai jumlah tersebut setelah dibahagikan mengikut tempoh yang dinyatakan, maka ianya akan digenapkan kepada $500.00 sebulan sehingga semua simpanan Ahli telah dikeluarkan.

Tidak, jumlah keseluruhan Akaun Ahli dibayarkan sebagai bulanan (anuiti) sehingga umur 60 tahun.

Akan tetapi, Ahli masih layak menerima anuiti bulanan dari Akaun Persaraan bermula dari 60 tahun.

Setelah sahaja awda membuat permohonan pengeluaran SPK 60 tahun daripada Akaun Ahli, awda juga akan mula menerima pembayaran anuiti bulanan daripada Akaun Persaraan sehingga sepanjang hayat jika mencukupi persyaratan.

Pengeluaran SPK Hilang Upaya

Semua permohonan pengeluaran hendaklah dipohonkan dan diuruskan oleh pemohon (Ahli) sendiri kecuali Pengeluaran Hak Waris.

Sekiranya pemohon tidak dapat mengunjungi kaunter TAP atau berurusan sendiri disebabkan oleh masalah Kesihatan, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 272 2929 untuk mendapatkan perkhidmatan “TAP Membantu” bagi membolehkan wakil daripada pihak TAP mengunjungi pemohon bagi tujuan pengesahan dan urusan pengeluaran.

Pengeluaran SPK Penyakit Terminal

Semua permohonan pengeluaran hendaklah dipohonkan dan diuruskan oleh pemohon (Ahli) sendiri kecuali Pengeluaran Hak Waris.

Sekiranya pemohon tidak dapat mengunjungi kaunter TAP atau berurusan sendiri disebabkan oleh masalah Kesihatan, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 272 2929 untuk mendapatkan perkhidmatan “TAP Membantu” bagi membolehkan wakil daripada pihak TAP mengunjungi pemohon bagi tujuan pengesahan dan urusan pengeluaran.

Pengeluaran SPK Melucutkan Kerakyatan

Pengeluaran SPK Hak Waris

Sekiranya Ahli telah melantik Pentadbir Penama, Pentadbir yang pertama boleh membuat permohonan pengeluaran terus bagi simpanan akaun Ahli.

Sekiranya Ahli tidak pernah melantik Pentadbir Penama semasa Ahli masih hidup, keluarga terdekat Ahli perlu membuat laporan kepada TAP dengan mengisi borang Pelapor SPK Hak Waris  TAP akan memberikan surat kepada Pelapor untuk diserahkan kepada Pejabat Waris  Pejabat Waris akan memberikan Surat Pentadbir Pusaka yang menyatakan pewaris yang dilantik sebagai Pentadbir untuk membahagikan harta  Hanya Pentadbir yang dilantik melalui Pejabat Waris yang akan membuat permohonan pengeluaran bagi simpanan Akaun Ahli SPK.

Tanggungjawab Pentadbir yang dilantik adalah untuk membahagikan simpanan yang telah dikeluarkan dengan adil kepada pewaris-pewaris yang berhak mengikut Hukum Faraid bagi yang beragama Islam atau wasiat bagi yang bukan beragama Islam.

Jika Ahli yang meninggal dunia tidak pernah melantik Pentadbir Penama, tempoh pengeluaran adalah tertakluk kepada urusan diantara Pewaris Ahli dengan Pejabat Waris.