Kursus Pensijilan Perancangan Persaraan (RPCP)
Kursus Pensijilan Perancangan Persaraan (RPCP) adalah kursus lanjutan yang disasarkan kepada pengamal perancangan Kewangan. Ia menyediakan pengetahuan komprehensif mengenai skim TAP, dengan penekanan khusus kepada Skim Persaraan Kebangsaan (SPK). Peserta akan diberikan kemahiran bagi membolehkan mereka mengintegrasikan pengetahuan khusus ini ke dalam konsultasi perancangan persaraan, dan seterusnya meningkatkan amalan profesional dalam senario kehidupan sebenar klien mereka.
RPCP adalah sebuah program yang direka khusus untuk pengamal perancang kewangan bagi memperoleh pengetahuan komprehensif tentang TAP dan skim-skim di dalamnya. Ini termasuk penggunaan kaedah yang sesuai di dalam membuat Perancangan Persaraan klien, terutamanya di dalam konteks SPK.
Manakala TAPᶜᴱᴿᵀ merupakan kelayakan yang diberikan kepada peserta selepas berjaya melengkapkan program tersebut. Dengan kelayakan ini, mereka diakreditasi oleh TAP untuk memberikan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai mengenai skim-skim TAP, serta membantu di dalam penyediaan Perancangan Persaraan klien mereka.
Objektif RPCP adalah untuk:
- Meningkatkan kemahiran di dalam perancangan persaraan, terutama di dalam konteks SPK.
- Memastikan maklumat yang disampaikan kepada orang ramai adalah tepat dan boleh dipercayai.
- Meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan perancangan persaraan.
Dengan pengiktirafan TAPᶜᴱᴿᵀ orang ramai boleh merasa lebih yakin ketika mendapatkan nasihat Perancangan Persaraan, terutama di dalam konteks SPK, daripada profesional yang diakreditasi ini.
a. Memastikan pemegang TAPᶜᴱᴿᵀ sentiasa menerima maklumat terkini mengenai skim-skim TAP, amalan praktikal, dan produk, melalui perkongsian maklumat eksklusif atau melalui kursus 'refresher'.
b. Memaparkan (maklumat) pemegang TAPᶜᴱᴿᵀ yang diperakui dan disahkan di media sosial dan platform online rasmi TAP – sebagai professional yang diiktiraf untuk konsultasi perancangan persaraan.
Program ini disediakan untuk pengamal perancang kewangan yang aktif dalam memberikan kesedaran literasi kewangan kepada klien dan/atau orang ramai. Pengamal perancang kewangan yang boleh menyertai program ini adalah seperti berikut:
a. Pengamal Perancang Kewangan: Individu atau wakil dari institusi kewangan.
b. Perancang Kewangan yang diiktiraf: Perancang Kewangan Bertauliah (CFP), Perancang Kewangan Bersekutu (AFP), Perancang Harta Bersekutu (AWP), Peserta yang telah lulus Financial Planning Practitioner Program (FPPP di bawah BILIF).
c. Pekerja dari institusi kewangan tempatan: Contoh seperti pekerja yang bekerja di bank atau syarikat insurans.
d. Sijil lain: Tertakluk kepada kelulusan dan kebenaran yang diberikan oleh Jawatankuasa RPCP.
Yuran Pendaftaran
Individu: $650.00
Korporat: $550.00
Yuran pembaharuan tahunan TAPᶜᴱᴿᵀ bagi kedua-dua kategori: $50.00
Untuk maklumat lanjut, individu yang berminat boleh menghubungi TAP melalui emel di retirement.advisory@tap.com.bn.
Program ini akan diadakan sebanyak 3 sesi setahun. TAP akan memaklumkan mengenai pembukaan pendaftaran bagi setiap sesi melalui platform digital, termasuk website dan saluran-saluran sosial media TAP.
Ya, pensijilan TAPᶜᴱᴿᵀ bagi pengamal-pengamal perancang kewangan adalah sah selama setahun setelah lulus peperiksaan. Akreditasi perlu diperbaharui setiap tahun dengan yuran sebanyak $50. Dasar ini adalah bagi memastikan pengamal yang diakreditasi sentiasa peka dengan perkembangan terkini, mengekalkan piawaian amalan yang tinggi, dan mematuhi peraturan serta garis panduan semasa. Ianya adalah bagi menggalakkan pembangunan profesional yang berterusan dan memupuk komitmen terhadap kecemerlangan dan kualiti sebagai perancang persaraan.
Kursus ini diadakan selama empat (4) hari, dengan pembelajaran terdiri daripada enam (6) modul, diikuti dengan peperiksaan selama 2.5 jam pada hari kelima. Untuk mendapatkan sijil TAPᶜᴱᴿᵀ, peserta mesti menyelesaikan kesemua kelas dan lulus peperiksaan.
Peserta yang gagal dalam peperiksaan dibolehkan untuk menduduki semula dalam sesi yang seterusnya. Yuran untuk menduduki semula peperiksaan adalah sebanyak $150.00 bagi peserta Korporat dan Individu.
Tidak, yuran menduduki semula hanya untuk peperiksaan sahaja. Jika peserta ingin menghadiri kursus, peserta berkenaan perlu mendaftar untuk program tersebut pada kadar asal yang telah ditetapkan.
Nota: Kadar asal yang ditetapkan termasuk peperiksaan.
Profesional TAPᶜᴱᴿᵀ digalakkan untuk menghadiri kursus 'refresher' bagi memastikan konsistensi maklumat perancangan persaraan, terutama di dalam konteks SPK.
Peserta yang telah mendaftar dan membuat pembayaran penuh untuk kursus:
- Bayaran balik secara penuh boleh dipohonkan jika pembatalan dibuat sekurang-kurangnya 10 hari sebelum program bermula.
- 10% yuran akan ditolak daripada sebarang bayaran balik jika pembatalan dibuat kurang daripada 10 hari sebelum program bermula.
- Sebagai alternatif, di atas sebab-sebab tertentu, peserta juga mempunyai pilihan untuk menangguhkan pendaftaran mereka ke sesi yang akan datang.
Tempoh penangguhan bagi memperbaharui TAPᶜᴱᴿᵀ adalah 3 bulan. Dalam tempoh ini, awda masih boleh memperbaharui sijil awda untuk mengelakkan denda lewat yang mungkin dikenakan.
Selepas 3 bulan, awda mungkin perlu menjalani proses pembaharuan semula, yang mungkin melibatkan yuran tambahan dan keperluan lain.
RPCP adalah sebuah program perancangan persaraan di dalam konteks TAP dan SPK, pensijilan ini adalah sah di dalam negeri sahaja.