SPK Gold Generation (Umur 60 dan keatas)
Ahli SCP yang menerima bayaran anuiti SCP 60 tahun setiap bulan sebelum ini telah dipindahkan kepada SPK Gold semasa pelancaran SPK pada 15 Julai 2023 dan menerima anuiti SPK. Di bawah SPK Gold yang baharu, Kerajaan akan membuat caruman bagi memastikan Ahli menerima bayaran anuiti sekurang-kurangnya $250.00 yang boleh mencapai sepanjang hayat.
Ya, awda boleh menyertai SPK walaupun sebelum ini telah membuat pengeluaran penuh (lump sum) daripada skim SCP. Sebagai Ahli SCP sebelumnya, awda layak untuk menyertai SPK Gold dan menerima bayaran SPK anuiti (bulanan) tidak kurang daripada $250 sebulan.
Bagi meneruskan:
- Kunjungi mana-mana cawangan TAP
- Bawa dokumen berikut: Kad Pengenalan (IC) asal awda Maklumat akaun bank awda (contohnya: kad bank, penyata bank atau buku bank))
Bayaran SPK anuiti akan dipindahkan terus ke akaun bank awda setiap bulanh.
Sila ambil maklum bahawa perkara ini hanya khusus kepada pemegang IC Kuning dan pemegang IC Ungu tanpa mempunyai warganegara asing.
Tidak, penambahan (top-up) tidak diperlukan untuk menerima anuiti minimum yang dikemas kini sebanyak $250 sebulan.
Tidak, individu yang sedang menerima pencen perkhidmatan kerajaan tidak layak untuk menerima manfaat anuiti SPK.