Caruman Majikan
Kadar caruman ahli kekal tidak berubah pada 8.5% daripada gaji Ahli, tanpa jumlah minima atau maksima.
Kadar caruman majikan boleh dirujuk sini.
Tiada lagi had caruman mandatori maksima bagi SPK. Caruman adalah berdasarkan jumlah penuh mengikut kadar yang ditetapkan untuk pekerja dan Majikan, dengan caruman minima $57.50 untuk Majikan.
Kadar caruman akan diselaraskan mengikut kadar caruman SPK sebanyak 8.5% tanpa had. Caruman akan disalurkan ke Akaun Ahli dan pengeluaran penuh di bawah akaun ini boleh dibuat sebaik sahaja Ahli mencapai umur 60 tahun.
Selepas pelaksanaan SPK pada bulan Julai 2023, kadar caruman akan diselaraskan mengikut kadar caruman SPK, iaitu 8.5% daripada gaji pokok Ahli tanpa had caruman minima atau maksima. Kadar caruman daripada Majikan juga akan berdasarkan dari jumlah gaji Pekerja. Walau bagaimanapun, bagi Pekerja yang berumur antara 50 hingga 59 tahun yang belum membuat keputusan untuk menyertai SPK, mereka akan kekal dalam skim TAP dengan kadar caruman sebanyak 5% bagi kedua-dua pekerja dan Majikan. Ahli-ahli ini akan ditukar secara automatik kepada SPK selepas mereka membuat pengeluaran TAP55 (jika mereka terus bekerja) mengikut kadar caruman SPK.
Kadar caruman SPK digenapkan kepada dua titik perpuluhan.
Kadar caruman akan diselaraskan mengikut kadar caruman SPK, iaitu 8.5% daripada gaji Pekerja tanpa had caruman minima atau maksima.
Majikan akan mencarum mengikut kadar yang ditetapkan dan jumlah caruman akan diagihkan 5% kepada Akaun TAP Pekerja dan baki selebih caruman ke Akaun SCP Pekerja.
Selepas Ahli mengeluarkan TAP55, yang terdiri daripada jumlah gabungan caruman Ahli dan Majikan. Selepas Ahli ditukar kepada SPK, ini akan memberi kesan kepada jumlah Anuiti SPK mereka untuk persaraan mereka nanti. Untuk mendapatkan jumlah Anuiti SPK yang optima, Ahli mempunyai pilihan untuk top-up bahagian caruman Majikan yang telah dikeluarkan.
Walau bagaimanapun, top-up ini tidak dimestikan dan Ahli akan masih menerima Anuiti SPK yang lebih baik semasa persaraan mereka.
Caruman SPK adalah berkuat kuasa mulai caruman untuk bulan Julai 2023.
Ya. Bayaran caruman yang lengkap hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 15hb bulan sebelumnya.
Majikan bertanggungjawab untuk membayar caj kerugian dividen dan caj perkhidmatan yang dikenakan daripada kelewatan membayar caruman.