Penamaan Pentadbir

Melantik Penama Pentadbir membolehkan Ahli melantik seorang individu yang dipercayai untuk menerima dan mengurus simpanan SPK Ahli sekiranya Ahli meninggal dunia.

  • Penamaan ini boleh dibuat terlebih dahulu.
  • Penama mestilah terdiri daripada waris terdekat, peguam, atau peguam Syariah (bagi Ahli yang beragama Islam).

Ahli boleh melantik sehingga tiga (3) penama.

Orang yang dilantik mestilah terdiri daripada salah seorang waris atau salah seorang individu berikut:

  1. Pasangan : Suami atau Isteri.
  2. Anak berumur 18 tahun ke atas.
  3. Ibu Bapa.
  4. Adik Beradik.
  5. Peguam atau  Peguam Shar’ie.

Ahli boleh menentukan keutamaan Penama Pentadbir dari Penama Pertama hingga Penama Ketigar.

Setelah melaporkan kematian kepada TAP dan mengesahkan pentadbir yang dilantik, semua simpanan dalam Akaun Ahli awda akan dipindahkan ke Penama Pentadbir 1. Pentadbir kemudiannya akan bertanggungjawab untuk mengagihkan simpanan kepada waris yang layak dengan sewajarnya.

Sekiranya Pentadbir Penama Pertama tidak dapat menjalankan tugas sebagai Pentadbir disebabkan kematian, ketidakwarasan, atau kecacatan fizikal/ketidakupayaan bergerak, Pentadbir Penama berikutnya (jika ada) akan menerima baki simpanan Ahli atau Manfaat turunan.


Sekiranya tidak ada Pentadbir Penama yang dilantik, atau individu yang dinamakan tidak dapat menjalankan tanggungjawab:

  1. Waris hendaklah memperolehi:
    • Surat perlantikan pentadbir daripada Pejabat Waris, atau
    • Sijil Faraid daripada Mahkamah Syariah (bagi yang beragama Islam)

  2. Pembayaran akam dibuat:
  • Kepada Pentadbir Pusaka yang dilantik oleh Pejabat Waris, atau
  • Kepada waris yang dinamakan mengikut:
    • Hukum Syara’ (bagi yang beragama Islam)
    • Wasiat atau intestate succession (bagi yang bukan beragama Islam)


If a Member passes away, family Members must notify TAP and provide the necessary supporting documents. Upon verification:

Sekiranya Ahli meninggal dunia, Ahli keluarga yang terdekat hendaklah memaklumkan TAP dan memberikan dokumen-dokumen yang berkaitan sebagai pengesahan. Setelah pengesahan telah dibuat:

  • 100% jumlah simpanan daripada Akaun Ahli SPK akan diagihkan kepada Pentadbir Penama yang telah dilantik atau Pentadbir Pusaka yang dilantik oleh Pejabat Waris (sekiranya tidak ada penamaan yang dibuat).
  • Penama yang dilantik adalah dipertanggungjawakan untuk menguruskan dan mengagihkan simpanan Ahli yang meninggal dunia kepada waris-waris yang berhak.

Tanggungan dan waris Ahli yang meninggal dunia akan menerima manfaat- manfaat berikut:

  • Daripada Akaun Ahli SPK: Waris akan menerima 100% baki simpanan akaun ahli.
  • Daripada Akaun Persaraan SPK: Tanggungan akan menerima manfaat turunan berdasarkan senario berikut :

Bagi Ahli yang meninggal dunia sebelum berumur 60 tahun, tanggungan akan menerima manfaat turunan selama 15 tahun, (tertakluk mana yang lebih tinggi:):

  1. Manfaat turunan sebanyak $400 sebulan ATAU​
  2. 50% daripada anggaran anuiti SPK terkini.​

Tanggungan akan menerima minima $400 sekiranya memenuhi persyaratan iaitu Ahli yang meninggal dunia telah mencarum sekurang-kurangnya 25% semasa keahlian TAP atau mencarum tempoh 3 bulan kebelakangan sebelum meninggal dunia.

Bagi Ahli yang meninggal dunia di antara umur 60 dan 75 tahun, Tanggungan akan menerima pembayaran manfaat selama baki tempoh umur Ahli meninggal dunia sehingga umur Ahli 75 tahun (sekiranya Ahli masih hidup), tertakluk mana yang lebih tinggi:

For a Member who passes away between the ages of 60 and below the age of 75, the dependants will receive payment for the period, the remaining age of the Member reaches the age of 75 (assumption if still alive), whichever is higher:

  1. Anuiti turunan sebanyak $250 sebulan ATAU​
  2. 50% daripada jumlah Anuiti yang sedang diterima.

If the first Administrator Nominee is deceased, the balance will be paid to the next nominee in sequence. If all three of the Administrator Nominees are deceased, the Member’s SPK savings will be handed over to the Administrator Officer appointed by the Syariah Court or Probate Office.

Jika Pentadbir Penama perrtama telah meninggal dunia, baki akan dibayar kepada penama seterusnya mengikut susunan. Jika ketiga-tiga Pentadbir Penama telah meninggal dunia, simpanan SPK Ahli akan diserahkan kepada Pentadbir Pusaka yang dilantik oleh Mahkamah Syariah atau Pejabat Waris.

Ya. Awda boleh menamakan anak awda sebagai Pentadbir Penama degan memastikan semua dokumen yang diperlukan lengkap dan diserahkan semasa proses penamaan.

Adakah Hibah atau Wasiat Mengatasi Penamaan Penama Pentadbir SPK?

Tidak. Baki simpanan Ahli dan Manfaat turunan akan tetap dibayar kepada Pentadbir Penama yang dilantik, yang seterusnya bertanggungjawab untuk mengagihkan simpanan tersebut mengikut sewajarnya..

Manfaat Turunan

Dalam SPK, penerima yang layak menerima manfaat turunan adalah seperti berikut:

- Suami atau isteri (yang belum berkahwin semula);

- Anak di bawah umur 21 tahun dan tidak berkahwin; dan

- Ibu bapa bagi Ahli yang belum berkahwin.

Sekiranya tiada tanggungan yang layak, baki manfaat turunan akan diberikan secara sekaligus kepada waris atau Pentadbir Penama.

Sekiranya tidak ada tanggungan yang layak, manfaat turunan akan di bayarkan:

  • Sepenuhnya kepada Pentadbir Penama, atau
  • Sekiranya tidak ada lantikan, dibayarkan kepada pentadbir pusaka yang dilantik oleh Pejabat Waris atau Waris mengikut prosedur undang-undang.

  Tanggungan yang layak menerima adalah seperti berikut :

  • Pasangan yang belum berkahwin semula, dan
  • Anak yang berumur 21 tahun kebawah dan belum berkahwin.

Bagi Ahli yang meninggal dunia sebelum umur 60 tahun, tanggungan akan menerima (Manfaat Turunan untuk tempoh 15 tahun), yang mana lebih tinggi:

  1. Manfaat turunan sebanyak $400 sebulan, ATAU
  2. 50% daripada anggaran jumlah anuiti SPK Ahli.

Bagi kelayakan penerimaan minimum $400, Ahli yang meninggal dunia hendaklah memenuhi persyaratan berikut :

  • mencarum sekurang-kurangnya 25% daripada tempoh keahlian sebagai Ahli TAp, atau
  • Mencarum 3 bulan kebelakangan sebelum meninggal dunia.

Bagi Ahli yang meninggal dunia di antara umur 60 tahun dan ke bawah umur 75 tahun, tanggungan akan menerima bayaran untuk tempoh tersebut - baki umur Ahli mencapai umur 75 tahun (andaian jika Ahli masih hidup), yang mana lebih tinggi:

  1. Anuiti turunan sebanyak $250 sebulan ATAU​
  2. 50% daripada jumlah anuiti SPK yang diterima.

Berdasarkan kriteria yang dinyatakan, manfaat turunan akan diterima oleh pasangan yang belum berkahwin semula. Sekiranya pasangan meninggal dunia atau berkahwin semula, baki manfaat turunan kan dibayar secara sekaligus kepada waris terdekat atau Pentadbir Penam.

Bagi Ahli yang belum berkahwin, siapakah tanggungan yang layak sekiranya ibu bapa juga telah meninggal dunia?

Dalam kes ini, manfaat turunan akan dibayar secara sekaligus kepada waris atau Pentadbir Penama.