Pematuhan & Rektifikasi

Tanggungjawab Majikan

Ketahui lebih lanjut mengenai tanggungjawab yang dimandatorikan terhadap Majikan dalam mencarum untuk kebajikan persaraan Pekerja.

Penguatkuasaan & Ketidakpatuhan

Adalah menjadi kesalahan bagi Majikan jika:

  

Menghadapkan dokumentasi, kenyataan dan deklarasi palsu.

 

Gagal membuat pembayaran tertunggak pada TAP.




 

Gagal mematuhi Akta Amanah Pekerja, Perintah Caruman Tambahan Pencen dan Perintah Skim Persaraan Kebangsaan.

  

Gagal membayar caruman TAP pada tarikh akhir pembayaran yang tetapkan.



Gagal Membuat Membayar Caruman Tepat Pada Masanya, Majikan akan dikenakan penalti:

(a) Sebelum 15hb Julai 2023- Hendaklah membayar caj kerugian dividen, caj lewat pembayaran dan caj perkhidmatan. 

(b) Selepas 15hb Julai 2023- Hendaklah membayar caj kerugian dividen dan caj perkhidmatan.

Seksyen 8(3) Akta Amanah Pekerja

Seksyen 10(1) Akta Amanah Pekerja 

Seksyen 10(3) Akta Caruman Pencen Tambahan

Seksyen 12(1) Akta Caruman Pencen Tambahan

Seksyen 11(4) Akta Skim Persaraan Kebangsaan

Seksyen 43(1) Akta Skim Persaraan Kebangsaan

Tatacara membuat Pembayaran Denda 



Log masuk ke e-Amanah


Tekan Denda Tertunggak di papan pemuka untuk melihat penalti bagi bulan caruman dengan status Unpaid untuk menyemak jumlah yang perlu dibayar


Buat Pembayaran Denda melalui perbankan mudah alih/internet, CDM or CQM


Setelah pembayaran dibuat, sila semak Baki dalam e-Amanah, kemudian tekan Serah untuk melenngkapkan penyerahan pembayaran denda


Pembayaran Balik Caruman 

Majikan boleh membuat permohonan bagi pembayaran balik caruman bagi::


Membuat caruman yang tidak betul bagi Pekerja.

Membuat caruman bagi Pekerja yang tidak perlu didaftarkan dan dicarumkan ke Skim SPK dan Skim TAP/SCP (bukan Ahli SPK/TAP/SCP).

Pekerja yang tidak perlu didaftarkan an dicarumkan ke dalam skim adalah:

  • Pekerja yang menerima Pencen Kerajaan tidak perlu didaftarkan ke dalam skim SCP.

  • Pekerja yang. memegang Kad Pengenalan Hijau tidak perlu didaftarkan ke skim SPK, TAP dan SCP.

  • Pekerja di bawah 18 tahun tidak perlu didaftarkan ke skim SCP.

  • Pekerja yang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Pencen Kerajaan,

  • Pekerja di bawah 16 tahun tidak perlu didaftarkan ke skim TAP dan SCP.

Bayaran berlebihan seperti yang tertera pada 'Baki' di dalam Senarai Pembayaran Caruman.

Majikan boleh rujuk buku panduan Pembayaran Balik yang boleh didapatkan melalui e-Amanah.