Skip to Content

PENGAGIHAN DIVIDEN BAGI SKIM-SKIM SIMPANAN DI BAWAH TAP BAGI TAHUN KEWANGAN 2023-2024

23 desanburu 2024 by
Tabung Amanah Pekerja

09 September 2024

Bagi memastikan simpanan ahli menerima manfaat pulangan pertumbuhan yang stabil, Tabung Amanah Pekerja (TAP) telahpun mengkreditkan pulangan dividen sebanyak BND128,336,898.59 ke dalam akaun masing-masing pada kadar tetap 2.5% bagi tahun kewangan 2023-2024 (yang berakhir pada 31hb Mac 2024) pada hari Ahad, 8 September 2024.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jumlah pulangan dividen yang telah dikreditkan, ahli bolehlah merujuk kepada Penyata Akaun Tahun Kewangan 2023-2024 dengan melog masuk ke akaun e-Amanah masing-masing di www.tap.com.bn. Ahli juga boleh menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 272 2929 semasa waktu bekerja atau melalui emel di ask@tap.com.bn bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Lawatan Tabung Amanah Pekerja Ke Premis Perniagaan Bandar Seri Begawan