Delegasi AIA Singapura mengadakan lawatan kerja ke Tabung Amanah Pekerja

10 Jun 2025

Dalam usaha berterusan untuk memupuk literasi kewangan dan memperkukuh kerjasama serantau, Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah menerima kunjungan delegasi dari Nancy Group of AIA Singapore Private Limited pada hari Selasa, 10 Jun 2025. Tujuan lawatan ini adalah bagi memperoleh kefahaman yang lebih mendalam mengenai skim persaraan di Brunei Darussalam iaitu Skim Persaraan Kebangsaan (SPK).

Delegasi Advisors Alliance Group Singapore yang hadir berhasrat untuk mendapatkan maklumat serta mempelajari objektif, manfaat dan hala tuju strategik SPK.

Semasa sesi lawatan, wakil TAP telah menyampaikan taklimat mengenai dengan SPK yang merangkumi maklumat berkaitan struktur, manfaat dan visi jangka panjang skim tersebut dalam menyokong kesejahteraan persaraan rakyat di negara ini.

Sesi lawatan diakhiri dengan sesi soal jawab, yang membincangkan dengan lebih mendalam mengenai mekanisme khusus dalam SPK, sekaligus memberi peluang kepada para delegasi untuk memahami secara lebih praktikal bagaimana skim tersebut berfungsi sejak perlaksanaannya pada 15 Julai 2023.

Pihak TAP amat mengalu-alukan sesi lawatan seperti ini sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk membina tenaga kerja yang celik kewangan dan bersedia menghadapi masa depan. Pihak TAP juga turut menyambut baik kerjasama berterusan bersama institusi kewangan yang berkongsi aspirasi sama untuk memperkukuh persiapan persaraan dan keselamatan kewangan jangka panjang bagi semua golongan masyarakat.

Majlis Ibadah Korban Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan Di Dalamnya Tahun 1446H/2025M