Tip Pembayaran Pengeluaran 

bagi Penamaan Pentabir

Ketahui lebih lanjut mengenai pembayaran pengeluaran kepada Pentabir Penama semasa kematian Ahli.

Manfaat Melantik Petadbir Penama


Penamaan Pentabir adalah bagi Ahli SPK untuk memastikan Ahli mempunyai Pentadbir untuk membahagikan baki simpanan Akaun Ahli SPK setelah kematian Ahli.


Ahli SPK boleh melantik Pentadbir Penama yang bertanggungjawab untuk mengagihkan baki simpanan kepada waris yang berhak.



Proses pengeluaran baki simpanan lebih mudah dan pendek dengan membolehkan Pentadbir Penama terus memohon Pengeluaran Hak Waris.


Pembayaran pengeluaran akan dibayar terus kepada Pentadbir Penama sebagai wakil untuk dibahagikan kepada waris-waris yang berhak.

Perkara yang Ahli Perlu Tahu Mengenai Pembayaran Pengeluaran Kepada Pentadbir Penama

Pentadbir Utama:

Ahli boleh memberikan keutamaan Pentadbir Penama dari yang petama ke yang ketiga.

Pembayaran kepada Pentadbir Pertama:

Setelah Ahli meninggal dunia, baki simpanan Ahli atau Manfaat Turunan akan dibayarkan kepada Pentadbir Penama pertama yang akan bertanggungjawab untuk membahagikan jumlah pengeluaran kepada waris yang berhak.

Pentadbir Pengganti:

Sekiranya Pentadbir Penama tidak dapat mealaksanakan tanggungjawab sebagai Pentadbir akibat kematian, tidak sempurna akal atau kecacatan fizikal/mobiliti, Pentadbir Penama yang seterusnya (jika ada) yang akan menerima baki simpanan Ahli atau Manfaat Turunan.

Sekiranya tiada Pentadbir Penama dilantik atau tidak dapat menjalankan tangggungjawab:

  1. Pewaris dikehendaki untuk mendapatkan Surat Pentadbir Pusaka daripada Pejabat Waris atau Sijil Faraid daripada Mahkamah Syariah.

  2. Pembayaran akan dibuat kepada Petadbir yang dilantik Pejabat Waris atau pewaris yang dinyatakan dalam Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah.

  3. Bagi Ahli yang bukan berugama Islam, pembayaran akan dibuat mengikut wasiat, atau sekiranya tiada wasiat, mengikut undang-undang yang berkaitan dengan penggantian tidak berwasiat.