Skip to Content

Skim Persaraan Kebangsaan

Silver Generation (Umur 50 - 59) 

Kadar Caruman TAP & SCP 

Ketahui lebih lanjut mengenai dengan kadar caruman TAP & SCP.

Apakah Akaun Skim TAP dan SCP?


Skim TAP (Tabung Amanah Pekerja) ialah akaun yang mengumpulkan caruman TAP daripada Ahli dan Majikan bagi tujuan simpanan sebelum persaraan.


Skim SCP (Pencen Caruman Tambahan) ialah akaun yang mengumpulkan caruman SCP daripada Ahli dan Majikan bagi tujuan simpanan persaraan.


Kedua-dua Skim TAP dan Skim SCP telah digantikan oleh Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) mulai 15 Julai 2023.

​Kadar Caruman Mandatori


Skim TAP

5% daripada Gaji Pokok


Skim SCP

3.5% daripada Gaji Pokok

Apakah yang boleh awda lakukan dengan caruman di dalam Akaun Skim TAP dan SCP?
(Ahli Silver Generation yang Menangguhkan Penyertaan ke SPK, Umur 50–59)


Akaun Skim TAP


  •  Ahli yang menangguhkan adalah layak untuk membuat pengeluaran TAP 50 tahun (sekiranya belum dipohonkan pengeluaran).
  • Ahli yang menangguhkan adalah diberikan pilijan untuk membuat pengeluaran penuh TAP 55 tahun sebelum ditukarkan ke SPK.
  • Pengeluaran TAP yang lain boleh dipohonkan sekerinya ahli memenuhi persyaratan.


Ketahui lebih lanjut mengenai pengeluaran TAP.


Ketahui lebih lanjut


Akaun Skim SCP


  • Setelah pengeluaran penuh TAP 55 tahun telah dibuat, simpanan di dalam akaun SCP ahli akan dikreditkan kedalam akaun Persaraan SPK. Ini adalah bagi memastikan ahli menerima anuiti SPK yang tinggi semasa bersara.
  • Sebelum ahli membuat pengeluaran TAP 55 tahun, ahli akan terus mencarum ke dalam akaun SCP.




Ketahui lebih lanjut mengenai pengeluaran SCP.

Ketahui lebih lanjut