Sebagai Majikan, caruman dan sokongan ke arah kebajikan dan keselamatan sosial akan membantu Pekerja dalam jangka masa panjang. Adalah penting untuk memahami tanggungjawab sebagai Majikan bagi mencapai matlamat keselamatan sosial ini. Dengan itu, kita dapat bekerjasama dengan Majikan untuk memberikan impak kepada keselamatan sosial yang lebih mampan dalam mencapai Wawasan Brunei 2035; kualiti kehidupan yang tinggi.
TANGGUNGJAWAB MAJIKAN
Pastikan mendaftar sebagai Majikan
Syarikat yang telah didaftarkan ke Registry of Companies and Business Names (ROCBN) akan secara automatik didaftarkan ke TAP.
Syarikat yang telah berdaftar sebelum 2009 hendaklah membuat permohonan sebagai Majikan melalui portal perkhidmatan dalam talian (online) TAP, e-Amanah.
Maklumat Wakil Perniagaan
Majikan adalah bertanggungjawab bagi memastikan maklumat Wakil Perniagaan yang didaftarkan dengan TAP adalah tepat dan sentiasa dikemas kini.
Nama Wakil Perniagaan hendaklah merupakan Pemilik Syarikat yang terkini seperti yang didaftarkan di ROCBN.
Sekiranya terdapat perubahan pada pemilikan syarikat, majikan dikehendaki mengemas kini maklumat Wakil Perniagaan melalui e-Amanah.
Pendaftaran dan Pengurusan Rekod Pekerja
Majikan bertanggungjawab memastikan maklumat pekerja dalam e-Amanah adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemas kini.
Ini adalah termasuk:
Mendaftarkan pekerja baharu yang belum pernah berdaftar dengan TAP.
Mengemas kini maklumat pekerja sedia ada.
Mengemas kini status pekerjaan pekerja yang sudah menamatkan perkhidmatan.
Memastikan rekod pekerja sentiasa tepat dan dikemas kini pada setiap masa.
Pendaftaran pekerja yang sedia ada
Bagi pekerja yang telah berdaftar dengan TAP, majikan dikehendaki mengemas kini maklumat pekerja melalui e-Amanah sekiranya terdapat sebarang perubahan.
Pendaftaran ahli baru
Bagi pekerja yang belum pernah berdaftar dengan TAP, majikan dikehendaki mendaftarkan mereka melalui e-Amanah dan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
Pekerja yang telah menamatkan perkhidmatan
Sekiranya seseorang pekerja tidak lagi bekerja dengan syarikat, majikan dikehendaki mengemas kini status pekerja tersebut kepada Resigned melalui e-Amanah bagi memastikan rekod pekerja sentiasa tepat dan dikemas kini.
Mengekalkan rekod pekerja yang tepat memudahkan pentadbiran TAP yang cekap serta membantu memastikan pekerja menerima kelayakan yang sepatutnya.
Majikan bertanggungjawab untuk membuat caruman ke TAP bagi Majikan dan Pekerja
Nota:
Semua urusan mengenai Pekerja seperti pendaftaran dan pembayaran caruman boleh dibuat melalui portal perkhidmatan dalam talian (online) TAP, e-Amanah.
KELAYAKAN PENDAFTARAN PEKERJA
Kewarganegaraan
Warganegara dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam.
Umur
Di bawah 60 tahun
Jenis-Jenis Pekerja
- Menteri dan Timbalan Menteri
- Duta Besar
- Pesuruhjaya Tinggi
- Konsul Jeneral
- Konsul
- Bekas Memegang Jawatan Skim Pencen Kerajaan (GPS)
- Pengarah
- Pekerja Tetap
- Pekerja Sementara
- Pekerja Sambilan
- Pekerja Kontrak
- Pekerja dalam Tempoh Percubaan
- Pekerja Perantisan
- Pekerja Latihan Industri Berbayar (Paid internship)
Pendaftaran ke TAP adalah mandatori bagi semua pekerja yang memenuhi persyaratan pendaftaran tanpa mengira jenis pekerjaan tempoh kontrak, atau status tempoh percubaan.
CARUMAN MAJIKAN
Borang
Borang Pendaftaran & Pindaan Majikan (TAP/SCP)
Bayaran Balik Caruman
