Skip to Content

Tambah Simpanan Awda

Ketahui tatacara untuk menambah simpanan Akaun Ahli SPK awda

Bagaimana saya boleh menambah simpanan Akaun Ahli SPK?


Ahli boleh menambah simpanan secara sukarela ke dalam Akaun Ahli SPK. 


Caruman sukarela ialah caruman tambahan yang dibuat oleh Ahli selain daripada caruman mandatori.


Kenapa saya perlu menyimpan lebih?

Ahli boleh menambah simpanan untuk persediaan hari persaraan yang boleh digunakan sebelum bersara atau untuk menambah Anuiti SPK semasa persaraan.


Siapa yang boleh membuat caruman sukarela?

Ahli SPK


Kedua-dua Ahli dan Majikan boleh membuat caruman tambahan secara sukarela ke dalam SPK, selain daripada membuat caruman mandatori sahaja. Caruman tambahan daripada Ahli dan Majikan akan dimasukkan ke dalam Akaun Ahli SPK yang mana Ahli boleh keluarkan sebelum persaraan.


Jumlah Caruman

Bagi SPK, tiada jumlah minimum, tetapi jumlah maksimum bagi caruman sukarela ialah BND1,000.00 sebulan (had jumlah adalah bagi jumlah keseluruhan caruman dari Ahli dan Majikan).


Pengeluaran

Simpanan daripada Akaun Ahli SPK boleh dikeluarkan tertakluk kepada kelayakan pengeluaran SPK.

Ahli SPK Bekerja Sendiri

Ahli SPK Bekerja Sendiri boleh membuat caruman sukarela ke dalam Akaun Persaraan SPK dengan caruman minimum sebanyak BND17.50 sehingga BND40.00, dan menerima manfaat Match-Up BND17.50 daripada Kerajaan. Caruman yang dibuat ke dalam Akaun Persaraan SPK boleh dikeluarkan sebagai Anuiti SPK.


Apakah SPK Bekerja Sendiri dan manfaatnya?


Ketahui lebih lanjut

Ahli Skim Tabungan Perumahan

Ahli yang telah berdaftar ke dalam Skim Tabungan Perumahan boleh membuat caruman sukarela ke dalam akaun skim tersebut untuk menyimpan sebagai persediaan untuk memiliki rumah.




Bagaimana membuat caruman sukarela?



Tambah caruman daripada gaji (melalui Majikan)


Melalui perbankan dalam talian atau perbankan mudah alih

Tatacara untuk Menambah Simpanan melalui Dalam Talian


Ahli dinasihatkan untuk menggunakan fasiliti perbankan mudah alih untuk membuat caruman sukarela

Langkah 1

Log masuk ke dalam Perbankan Mudah Alih

Pastikan bank yang digunakan mempunyai pilihan Tabung Amanah Pekerja sebagai pilihan institusi untuk pembayaran. Jika ada, log masuk ke perbankan mudah alih awda.

Langkah 2

Pilih Bill Payment  melalui Perbankan Mudah Alih

Pilih Bill Payment dan pilih Tabung Amanah Pekerja sebagai penerima pembayaran.

Langkah 3

​​Masukkan butiran Pembayaran

Masukkan nombor akaun pilihan awda (SPK, SCP, STP) serta jumlah pembayaran untuk caruman sukarela.

Langkah 4

Hantar
Pembayaran

Masukkan nombor akaun pilihan awda (SPK, SCP, STP) serta jumlah pembayaran untuk caruman sukarela.