Skip to Content

Skim Persaraan Kebangsaan

Silver Generation (Umur 50-59)

Manfaat Skim TAP & SCP

Ketahui lebih lanjut mengenai dengan manfaat skim TAP dan SCP bagi ahli Silver Generation yang menangguhkan penyertaan.

Apakah simpanan Skim TAP & SCP?


Akaun TAP ialah akaun yang mengumpulkan caruman TAP daripada Ahli dan Majikan. Penggunaan 100% simpanan tersebut adalah untuk tujuan sebelum persaraan.


Akaun SCP ialah akaun yang mengumpulkan caruman SCP daripada Ahli dan Majikan untuk tujuan persaraan.

Manfaat Skim TAP & SCP


Caruman yang dibuat ke dalam Akaun TAP dan SCP merupakan simpanan yang akan menerima manfaat berikut:

Kumpulan Caruman


Semua caruman (caruman mandatori dan sukarela daripada Ahli dan Majikan) akan dikreditkan ke dalam Akaun TAP dan SCP mengikut kadar caruman bagi setiap akaun, bagi memastikan simpanan ahli terus bertambah dari semasa ke semasa.  

Pengeluaran TAP secara penuh pada umur 55 tahun


Ahli boleh mengeluarkan 100% simpanan dalam Akaun TAP secara penuh pada umur 55 tahun sebelum ditukarkan kepada SPK. Ini memberikan Ahli simpanan yang banyak untuk digunakan bagi membuat persediaan menghadapi persaraan. 

Pengeluaran Pra-Persaraan


Ahli yang layak boleh membuat pengeluaran sebahagian atau penuh daripada Akaun TAP dan SCP bagi keperluan tertentu, tertakluk kepada Akta TAP dan SCP.


Ketahui Lebih Lanjut

Manfaat Keberterusan (Survivorship) bagi waris ahli yang meninggal dunia


Waris ahli adalah dilindungi oleh Manfaat Keberterusan sekiranya ahli meninggal dunia.


Ketahui Lebih Lanjut

Adakah akaun TAP & SCP menerima pulangan dividen?


Akaun TAP dan SCP menerima dividen pada kadar tahunan sebanyak 2.5%, membolehkan Ahli memperoleh pulangan daripada simpanan mereka dan seterusnya meningkatkan simpanan persaraan.


Bolehkah ahli membuat pengeluaran daripada akaun SCP?


Tidak, akaun ini dikhaskan untuk persaraan Ahli.


Tujuan utama akaun SCP adalah untuk menampung persaraan Ahli. Bagi ahli yang menangguhkan penyertaan, setelah Ahli membuat Pengeluaran TAP pada Umur 55 Tahun, simpanan dalam Akaun SCP akan dikreditkan ke dalam Akaun Persaraan SPK bagi memastikan Ahli menerima Anuiti SPK yang lebih tinggi semasa persaraan.