Skip to Content

Skim Persaraan Kebangsaan

Silver Generation (Umur 50-59)

Manfaat Perlindungan Keberterusaan (Survivorship)

Ketahui lebih lanjut mengenai dengan manfaat perlindungan bagi tanggungan ahli yang meninggal dunia.

Apakah Manfaat Perlindungan Keberterusan?


Dana Perlindungan Keberterusan

1/7 daripada simpanan SCP ahli akan diperuntukkan ke dalam Dana Perlindungan Keberterusan, yang menyediakan manfaat bagi menampung kehilangan sumber sokongan yang dialami oleh balu dan/atau anak akibat kematian pencari nafkah.


Terdapat dua manfaat bagi waris ahli yang menangguhkan sekiranya ahli meninggal dunia sebelum membuat pengeluaran TAP 55:

  1. Baki Akaun TAP dan SCP akan diterima oleh waris mengikut Hukum Syara' atau wasiat.

  2. Manfaat Perlindungan Keberterusan akan di terima oleh tanggungan ahli yang meninggal dunia.

Sekiranya ahli meninggal dunia sebelum membuat pengeluaran TAP 55 tahun...


Tanggungan ahli akan dilindungi di bawah manfaat perlindungan keberterusan.


Manfaat Keberterusan memberikan manfaat kepada tanggungan ahli yang layak dengan tujuan untuk meringankan beban mereka akibat kehilangan sumber sokongan secara tiba-tiba sekiranya ahli meninggal dunia.

​

Tanggungan yang layak



Suami atau isteri yang belum berkahwin semula



Anak-anak berumur di bawah 21 tahun dan belum berkahwin



Ibu bapa bagi Ahli yang belum berkahwin

Memahami Garis Masa Manfaat Perlindungan Keberterusan...

Sekiranya ahli meninggal dunia sebelum membuat pengeluaran TAP 55 tahun...

  • Tempoh menerima Manfaat Perlindungan Keberterusan: 15 tahun

  • Jumlah: BND400 sebulan diterima dan dibahagikan kepada tanggungan yang layak.

Umur

55

tahun

15 tahun 

menerima manfaat

Contoh senario tanggungan:

  • Sekiranya Ahli yang meninggal dunia meninggalkan seorang balu dan seorang anak berumur di bawah 21 tahun, jumlah BND400 akan dibahagikan sama rata, iaitu 1/2 kepada balu dan 1/2 lagi kepada anak.

  • Sekiranya Ahli yang meninggal dunia meninggalkan seorang balu dan lebih daripada seorang anak yang berumur di bawah 21 tahun, jumlah BND400 akan dibahagikan sama rata, iaitu 1/2 kepada balu dan 1/2 lagi dibahagikan antara anak-anak yang layak. Jika terdapat anak yang berumur 21 tahun ke atas atau telah berkahwin, bahagiannya akan diberikan kepada anak-anak lain yang masih layak.

  • Sekiranya Ahli yang meninggal dunia meninggalkan seorang balu yang telah berkahwin semula serta anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun, jumlah BND400 akan dibahagikan sama rata antara anak-anak yang layak sahaja.