Skip to Content

Skim Persaraan Kebangsaan

Silver Generation (Umur 50 - 59)

Pembayaran balik caruman

Ketahui lebih lanjut mengenai dengan proses pembayaran balik caruman majikan bagi ahli Silver Generation yang menangguhkan penyertaan.

Siapakah yang mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran balik bagi Silver Generation?


Ahli yang berumur 50-59 tahun yang telah menandatangani borang persetujuan (consent form) dan telah memilih untuk menangguhkan penyertaan ke SPK sehingga membuat pengeluaran 100% TAP 55 tahun.

Mengapakah Ahli menangguhkan penyertaan mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran balik?

Akaun Persaraan SPK mengandungi caruman daripada Majikan.


Menangguhkan penyertaan ke SPK membolehkan Ahli untuk membuat pengeluaran 100% simpanan akaun TAP pada umur 55 tahun.


Apabila Ahli membuat pengeluaran 100% Akaun TAP, Ahli turut mengeluarkan bahagian caruman Majikan. Ini akan mengurangkan jumlah caruman Majikan yang dipindahkan ke Akaun Persaraan SPK semasa penukaran kepada SPK. Hanya baki Akaun SCP akan dipindahkan ke Akaun Persaraan SPK setelah Akaun TAP dikeluarkan sepenuhnya.

Pengurangan caruman Majikan dalam Akaun Persaraan SPK juga akan mengurangkan jumlah Anuiti SPK bulanan yang diterima semasa persaraan.

Ahli boleh membuat pembayaran balik untuk mengembalikan bahagian caruman Majikan yang telah berkurangan bagi meningkatkan jumlah Anuiti SPK bulanan yang akan diterima semasa persaraan. 

Jenis-Jenis Pembayaran Balik

Pembayaran Penuh

Ahli boleh membuat pembayaran balik penuh bagi bahagian caruman Majikan untuk menerima Anuiti SPK Penuh.

Pembayaran Sebahagian

Ahli boleh membuat bayaran balik sebahagian bagi bahagian caruman Majikan untuk meningkatkan Anuiti SPK. Jumlah Anuiti SPK yang diterima adalah lebih tinggi berbanding jika tiada bayaran balik dibuat.

​

Tiada Pembayaran

Ahli boleh memilih untuk tidak membuat bayaran balik bagi bahagian caruman Majikan dan akan menerima Anuiti SPK yang DIKURANGKAN.

Perkara mengenai pembayaran balik yang perlu awda ketahui


Pembayaran balik boleh dibuat selewat-lewatnya SATU (1) bulan sebelum Ahli mencapai umur 60 tahun.


Pembayaran balik hanya boleh dibuat SEKALI sahaja ke Akaun Persaraan SPK.

Ahli boleh menggunakan tatacara berikut bagi pembayaran balik ke Akaun Persaraan SPK:


Pembayaran balik serta-merta semasa permohonan Pengeluaran TAP pada Umur 55 Tahun.

Ahli boleh menyatakan jumlah bayaran balik bagi bahagian caruman Majikan (penuh atau sebahagian) dalam borang permohonan semasa membuat Pengeluaran TAP pada Umur 55 Tahun. TAP akan membuat potongan secara automatik daripada baki Akaun TAP berdasarkan jumlah bayaran balik yang dinyatakan dan baki selebihnya akan dipindahkan ke akaun bank Ahli.


Membuat pembayaran balik sebahagian atau penuh secara sekaligus ke dalam Akaun Persaraan SPK melalui caruman sukarela pada bila-bila masa sebelum mencapai umur 60 tahun.

Ahli hanya boleh membuat bayaran balik ke dalam Akaun Persaraan SPK sekali sahaja. Setelah bayaran balik dibuat ke dalam Akaun Persaraan SPK, Ahli tidak lagi boleh menambah jumlah bayaran balik tersebut.