Pengeluaran SPK Perumahan
Ahli hendaklah berumur 40 tahun dan keatas bagi melayakkan mereka untuk membuat pengeluaran Perumaham SPK.
Setiap ahli hanya dibenarkan membuat satu (1) pengeluaran sahaja antara umur 40 hingga 59 tahun.
Tujuan Pengeluaran
Pengeluaran ini adalah khusus bagi tujuan-tujuan berikut:
Membeli rumah
Membina rumah
Membayar baki pinjaman rumah
Mengubahsuai atau membaiki rumah
Tatacara Pembayaran
Semua pembayaran yang telah diluluskan akan dibayarkan terus kepada kontraktor, pembangun, bank atau Kerajaan melalui pemindahan terus (direct transfer) - tiada pembayaran secara tunai atau cek.
Penghantaran Dokumen
Pastikan dokumen yang dimuat naik adalah lengkap untuk memudahkan proses pengeluaran.
Kelayakan
Umur
40 - 59 tahun
Jumlah Kelayakan
50% daripada baki akaun ahli SPK.
Tatacara Pembayaran
Dibayarkan secara keseluruhan kepada pihak berkenaan.
Bank
bagi baki pinjaman rumah
Kontraktor
untuk membina, mengubahsuai atau membaiki rumah
Pembangun
bagi membeli rumah
Kerajaan
Kepada Jabatan Perbendaharaan (pinjaman perumahan) atau Skim Perumahan Negara
Membina Rumah
Dokumen sokongan yang diperlukan:
Salinan Kad Pengenalan ahli.
Butiran maklumat pembayaran kontraktor atau pembangun (salinan kad pengenalan dan penyata bank).
Salinan perjanjian pembinaan (dibubuh Stamp Duty Certificate).
Salinan perjanjian pinjaman daripada pihak bank atau Jabatan Perbendaharaan.
Salinan Lesen Pendaftaran Syarikat 16&17 atau Sijil Incorporation kontraktor atau pembangun.
Salinan geran tanah di bawah nama ahli atau pelan kedudukan rumah.
Lesen pembina yang sah dari Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi).
Pengesahan daripada Jabatan Tanah mengenai pemindahan milih adalah di dalam proses atau Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) jika tanah bukan atas nama ahli.
Menghadapkan gambar rumah (peringkat pembinaan yang hampir atau sudah siap) yang dipohonkan.
Membeli Rumah
Dokumen sokongan yang diperlukan:
Salinan Kad Pengenalan ahli.
Butiran maklumat pembayaran kontraktor atau pembangun (salinan kad pengenalan dan penyata bank).
Salinan geran tanah.
Salinan Perjanjian Jual Beli (dibubuh Stamp Duty Certificatte) termasuk Perjanjian Jual Beli Persendirian yang tidak melibatkan kontraktor/pembangun.
Salinan Lesen Pendaftaran Syarikat 16&17 atau Sijil Incorporation kontraktor atau pembangun.
Salinan Perjanjian Pinjaman dari pihak bank atau Jabatan Perbendaharaan.
Pengesahan daripada Jabatan Tanah mengenai pemindahan milih adalah di dalam proses atau Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) jika tanah bukan atas nama ahli..
Menghadapkan gambar rumah (peringkat pembinaan yang hampir atau sudah siap) yang dipohonkan.
Membaiki & Mengubahsuai Rumah
Dokumen sokongan yang diperlukan:
Salinan Kad Pengenalan ahli.
Butiran maklumat pembayaran kontraktor atau pembangun (salinan kad pengenalan dan penyata bank).
Renovation Agreement (with stamp duty) Perjanjian pengubahsuaian (dibubuh Stamp Duty Certificate) - rujuk di bawah
Salinan Lesen Pendaftaran Syarikat 16&17 atau Sijil Incorporation kontraktor atau pembangun.
Permohonan pengeluaran hendaklah dipohonkan SEBELUM sebarang kerja-kerja pengubahsuaian bermula.
Lesen pembina yang sah dari ABCi.
Building Works Checklist for Private Residential Buildings form that has been certified by ABCi Borang senarai semak bagi kerja-kerja bangunan bagi bangunan perumahan persendirian yang telah disahkan dari ABCi - rujuk di bawah.
Bukti gambar sebelum kerja-kerja pengubahsuaian yang disahkan oleh ahli dan kontraktor.
Surat Pengakuan dari Kontraktor (dibubuh Stamp Duty Certificate)- rujuk di bawah.
Borang persetujuan daripada ahli bagi membenarkan TAP membuat lawatan ke tapak pengubahsuaian -rujuk di bawah.
Melantik Juruukur Bahar (Quantity Surveyor -QS) bagi pemeriksaan kerja-kerja pengubahsuaian yang melebihi BND10,000.00 ATAU sekiranya ABCi mengklasifikasikan kerja-kerja pengubahsuaian tersebut sebagai kerja yang signifikan.
Nota: Pembayaran hanya akan dibuat berdasarkan jumlah yang dipohonkan atau mengikut kelayakan (perkiraan yang rendah) SETELAH kerja pengubahsuaian siap dan proses pengesahan telah dilaksanakan.
! Skop kerja yang tidak termasuk di dalam kategori pengubahsuain:
Kolam renang.
Kerja-kerja menembok tanah / kerja tanah.
Pemasangan elektrik yang tidak penting seperti lampu candelier.
Peralatan dan aksesori dapur (dapur gas, ketuhar, hud dapur dan lain-lain).
Almari pakaian jenis "walk-in" dan meja isle dapur.
Aksesori bilik mandi yang tidak penting (jacuzzi, tab mandi, set pancuran terapi dan lain-lain).
Hiasan dalaman yang tidak penting (wainscoting, kertas dinding, panel dinding dan lain-lain).
Tangki air / pam / penapis.
Sebarang skop kerja lain yang tidak berkaitan dengan pembinaan atau kerja pengubahsuaian rumah..
Dokumen yang di muat turun
Klik pada "nama dokumen" untuk memuat turun.
Kontrak Perjanjian Pengubahsuaian (English version, Malay version)
Kontrak Perjanjian Pengubahsuaian - Rumah bukan di bawah nama ahli (English version, Malay version)
Borang senarai semak kerja-kerja bangunan bagi bangunan perumahan persendirian
Surat pengakuan dari Kontraktor (sample template, editable template)
Borang persetujuan dan kebenaran lawatan form
Membayar Baki Pinjaman Rumah
Membayar Baki Pinjaman Rumah- Dokumen Sokongan yang diperlukan:
Salinan Kad Pengenalan ahli.
Salinan Perjanjian Pembinaan atau Perjanjian Jual Beli.
Salinan geran tanah.
Salinan perjanjian pinjaman rumah.
Salinan penyata baki perumahan terkini (Sijil Pengesahan Baki).
Rancangan Perumahan Negara- Sokongan yang diperlukan:
Salinan Kad Pengenalan ahli.
Salinan Surat Peruntukan Rumah.
Salinan penyata baki perumahan terkini.
