Data Maintenance Associate (Kerani)
Bandar Seri Begawan,
Brunei Darussalam
Bandar Seri Begawan,
Brunei Darussalam
Bahagian: IV
Tanggagaji: D1 - D6 (B$530 - B$1,785)
Tarikh Akhir Permohonan: 28/09/2026
Peranan
Menyokong aktiviti harian berkaitan penyelenggaraan data, penyelarasan dan kawalan rekod bagi memastikan rekod kewangan dan caruman adalah tepat, lengkap serta boleh dijejaki. Peranan ini melibatkan semakan laporan, penelitian terhadap perbezaan transaksi, pengemaskinian rekod serta sokongan terhadap pemprosesan dan kawalan rekod operasi secara tepat.
Unit Pemerosesan Data
UNIT / JABATAN
Pemerosesan Data
BIDANG PERKHIDMATAN
Kerani
TAHAP JAWATAN
Tetap
JENIS PEKERJAAN
Tanggungjawab Utama
- Menyemak laporan spreadsheet elektronik dan membuat penyelarasan maklumat transaksi yang berkaitan dengan rekod kewangan dan caruman yang telah diluluskan.
- Meneliti sebarang ketidakpadanan, mengemas kini status transaksi dengan tepat serta merujuk perkara yang masih belum diselesaikan untuk semakan lanjut.
- Menyediakan dokumen sokongan serta komunikasi susulan secara profesional berkaitan pembayaran yang tidak mencukupi atau tidak dapat dipadankan.
- Mendapatkan data yang diperlukan daripada sistem yang diluluskan serta memastikan rekod penjejakan kelompok (batch tracking) dikemas kini dengan tepat.
- Menyediakan dan mengurus penomboran siri bagi sumber data dan saluran pemprosesan yang ditetapkan.
- Memastikan hamparan elektronik, fail, dokumen sokongan dan rekod pemprosesan disusun dengan teratur bagi tujuan rujukan dan audit.
- Menyelesaikan tugasan pemprosesan yang diberikan dengan tepat dan dalam tempoh masa yang ditetapkan serta menyokong aktiviti pemprosesan data yang berkaitan.
Kompetensi Utama
- Mempunyai ketelitian yang tinggi, ketepatan dalam pengendalian angka serta pendekatan kerja yang sistematik.
- Boleh dipercayai, bertanggungjawab dan berkeupayaan bekerja secara berdikari dengan bimbingan yang bersesuaian.
- Mempunyai kemahiran pengurusan dan penyusunan kerja yang baik serta konsisten dalam mengendalikan dokumen dan rekod.
- Mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah semasa menyemak transaksi dan meneliti sebarang ketidakpadanan.
- Mempunyai kebolehsuaian, kesediaan untuk belajar, profesionalisme serta menjaga kerahsiaan.
Kelayakan & Kelebihan
- Memiliki GCE Peringkat ‘O’ atau kelayakan yang setaraf dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian, termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau mata pelajaran yang setaraf.
- Memperoleh sekurang-kurangnya satu kepujian dalam salah satu mata pelajaran berikut: Perakaunan, Matematik, Pengajian Komputer atau Ekonomi.
- Berkebolehan menggunakan Microsoft Excel atau aplikasi hamparan elektronik yang setaraf, sistem digital serta mengendalikan rekod berangka.
- Pengalaman dalam kemasukan data, penyelarasan atau pemprosesan rekod adalah satu kelebihan.