Skip to Content

Tanggungjawab Majikan

Our company specializes in consulting, product development, and customer support. We tailor our services to fit the unique needs of businesses across various sectors, helping them grow and succeed in a competitive market.

Tidak, Majikan tidak perlu mendaftarkan semula Pekerja mereka untuk SPK. Sebaik sahaja SPK dilaksanakan, Pekerja akan ditukar secara automatik kepada SPK. Walau bagaimanapun, bagi Pekerja yang telah memilih untuk menangguhkan penyertaan mereka dan berumur antara 50 hingga 59 tahun, mereka akan ditukar secara automatik kepada SPK selepas mereka membuat pengeluaran TAP mereka pada usia 55 tahun.

Pendaftaran ke TAP adalah mandatori bagi semua pekerja yang memenuhi persyaratan pendaftaran tanpa mengira jenis pekerjaan tempoh kontrak, atau status tempoh percubaan.

Jenis-jenis pekerja yang layak adalah seperti berikut:

  • Menteri dan Timbalan Menteri
  • Duta Besar
  • Pesuruhjaya Tinggi
  • Konsul Jeneral
  • Konsul
  • Bekas Memegang Jawatan Skim Pencen Kerajaan (GPS)
  • Pengarah
  • Pekerja Tetap
  • Pekerja Sementara
  • Pekerja Sambilan
  • Pekerja Kontrak
  • Pekerja dalam Tempoh Percubaan
  • Pekerja Perantisan
  • Pekerja Latihan Industri Berbayar (Paid Internship)
Tidak. Awda tidak perlu mendaftarkan Pekerja awda ke SPK. Ahli yang berumur antara 50 – 59 tahun diberi pilihan samada untuk menyertai SPK serta-merta atau menangguhkan penyertaan kepada SPK. Jika Ahli menyertai SPK serta-merta, Akaun TAP dan SCP mereka akan ditukar kepada Akaun SPK secara automatik. Jika Ahli memilih untuk menangguhkan menyertai SPK, Akaun TAP dan SCP mereka akan kekal aktif sehingga mereka mengeluarkan TAP55 mereka. Awda perlu merujuk kepada Pekerja awda mengenai pilihan mereka untuk mengelakkan caruman yang salah. Ini juga akan dipaparkan dalam e-Amanah apabila awda ingin membayar caruman Pekerja awda.

Pekerja yang merupakan warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berumur di bawah 60 tahun dikehendaki berdaftar dan mencarum kepada SPK.

Ya. Pekerja di bawah umur 60 tahun yang sedang menerima Skim Pencen Kerajaan dan kembali bekerja di sektor awam atau swasta dikehendaki berdaftar dan mencarum dengan SPK..

Tidak, Majikan tidak perlu mendaftarkan Pekerja ini. Pekerja yang telah memilih untuk menyertai SPK serta-merta akan ditukar secara automatik kepada SPK. Sementara itu, mereka yang belum membuat sebarang keputusan akan kekal dalam skim TAP dan SCP.

Sila ikuti langkah-langkah berikut bagi mengemaskini maklumat Wakil Perniagaan syarikat: 

  1. Log masuk ke e-Amanah. 
  2. Pilih Sunting Profil. .
  3. Pilih Tambah Baru untuk mendaftarkan Wakil Perniagaan yang baharu atau Sunting untuk mengemas kini maklumat Wakil Perniagaan sedia ada. 
  4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan: 

    • Nama Wakil
    • Nombor ID dan Jenis ID 
    • Kewarganegaraan 
    • Jenis Pemilikan Perniagaan 
    • Tarikh Pelantikan 
    • Jawatan Pekerjaan 
    • Maklumat Pemegang Saham (jika berkenaan) 
    • Alamat Berdaftar 
    • Maklumat Perhubungan (Nombor Telefon Rumah, Bimbit, Pejabat dan Alamat E-mel) 
  5. Setelah semua maklumat dilengkapkan, tekan Kemas Kini untuk menyimpan rekod tersebut. 

 Nota:

a)      Nama Wakil Perniagaan hendaklah merupakan Pemilik Syarikat yang terkini seperti yang didaftarkan di ROCBN;  .

b) ​Nombor ID dan Jenis ID adalah seperti No. Kad Pengenalan atau No. Passport dan bukannya No. pendaftaran ROCBN