Kadar caruman yang ditetapkan bagi majikan
Kumpulan Gaji
Kadar caruman majikan
BND500.00 dan ke bawah
Ditetapkan pada BND57.50
BND500.01 - BND1,500.00
10.5% (min BND57.50)
BND1,500.01 - BND2,800.00
9.5%
BND2,800.01 dan ke atas
8.5%
Contoh perkiraan caruman bagi majikan dan pekerja:
Contoh gaji
BND400.00
- Caruman pekerja (8.5%):
- BND400.00 x 8.5% = BND34.00
- Caruman minimum majikan:
- BND57.50
Contoh gaji
BND1,000.00
- Employee's contribution (8.5%):
- BND1,000.00 x 8.5% = BND85.00
- Caruman majikan (10.5%):
- BND1,000.00 x 10.5% = BND105.00
Contoh gaji
BND2,500.00
- Caruman pekerja (8.5%):
- BND2,500.00 x 8.5% = $212.50
- Caruman majikan (9.5%):
- BND2,500.00 x 9.5% = BND237.50
Contoh gaji
BND3,000.00
- Caruman pekerja (8.5%):
- BND3,000.00 x 8.5% = BND255.00
- Caruman majikan (8.5%):
- BND3,000.00 x 8.5% = BND255.00
Nota:
Kadar caruman SPK adalah digenapkan kepada dua titik perpuluhan.
Tiada lagi had maksimum bagi caruman mandatori SPK. Caruman adalah berdasarkan jumlah penuh mengikut kadar yang ditetapkan bagi pekerja dan majikan, dengan caruman minimum sebanyak BND57.50 bagi Majikan.
Bagi Pekerja yang menangguhkan penyertaan ke SPK, kadar caruman akan diselaraskan mengikut kadar caruman SPK, iaitu 8.5% daripada gaji pekerja tanpa had minimum atau maksimum caruman.
Majikan akan membuat caruman mengikut kadar yang dinyatakan dalam jadual di atas, dan jumlah caruman tersebut akan diagihkan sebanyak 5% ke Akaun TAP Pekerja, manakala baki selebihnya akan dikreditkan ke Akaun SCP Pekerja.
Definisi gaji dan elaun yang boleh dicarumkan
Pembayaran dalam bentuk wang yang dibayar kepada Pekerja bagi kerja yang telah dilakukan.
Gaji Pokok
Bagi pekerja yang tidak mempunyai gaji pokok berdasarkan kerja yang dilakukan seperti:
such as
Komisen, Elaun atau
Elaun Perantisan
Jenis Pembayaran yang tidak boleh dicarumkan
• Kenaikan Gaji Tunggakan
• Elaun Memangku
• Elaun Khas
• Elaun Sara Hidup
•Elaun Kerja Lebih Masa
•Elaun Perumahan
• Elaun Perubatan
•Elaun Kemudahan
• Elaun Perjalanan
•Bayaran bagi penyediaan makanan, bahan api, elektrik dan air
• Bayaran Ganjaran (Baksis)
• Caj Perkhidmatan
• Faedah pemberhentian kerja, pengurangan pekerja (lay-off) atau penamatan perkhidmatan
• Perbelanjaan luar jangka mengikut jenis pekerjaan
• Bayaran caruman kepada dana pencen atau dana simpanan
Sekiranya jenis pembayaran yang diterima tidak tersenarai di atas, sila e-melkan maklumat kepada enforcement@tap.com.bn.
