Tabung Amanah Pekerja Participates in 41st ASSA Board Meeting

25 November 2024

Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah menyertai Mesyuarat ASEAN Social Security Association (ASSA) ke-41 yang diadakan pada 25 hingga 27 November 2024 di Manila, Philippines bertemakan "Navigating the Future of Social Security: Integration, Innovation, and Inclusion". Mesyuarat kali ini dihoskan oleh Government Service Insurance System (GSIS), Philippines.

Pada hari pertama mesyuarat, sesi seminar dan perkongsian amalan terbaik dalam industri perlindungan sosial telah diadakan. Kali ini Negara Brunei Darussalam diwakilkan oleh Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah menyampaikan perkongsian mengenai dengan ‘Introduction of Administrator Nomination Feature under Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) or National Retirement Scheme’. Topik tersebut adalah salah satu kaedah yang ditawarkan untuk Ahli SPK di mana Ahlinya dapat membuat pencalonan Pentadbir Penama yang akan mengurus tadbir simpanan SPK setelah Ahli meninggal dunia.

Pada hari berikutnya, agenda mesyuarat turut memuatkan penganugerahan Pengiktirafan ASSA bagi mengiktiraf pencapaian Ahli Organisasi ASSA, dan TAP telah mendapat Pengiktirafan ASSA dalam kategori Continuous Improvement Recognition Award melalui projek Introduction of Administrator Nomination Feature Under Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) or National Retirement Scheme.

Anugerah disampaikan oleh Tuan Ahmad Zulqarnain Onn, Pengerusi ASSA 2023/2024 kepada Awang Haji Md Adfarul bin Haji Maz Adanan, Pengarah Urusan TAP.

ASSA telah ditubuhkan pada tahun 1998 dan memainkan peranan penting dalam pembangunan sekuriti sosial di rantau ini. Sebanyak sepuluh buah negara telah menyertai ASSA iaitu Brunei, Cambodia, Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Myanmar, Vietnam dan Laos. Mesyuarat ASSA diadakan pada setiap dua kali setahun dan memberikan ruang untuk pakar-pakar dari negaranegara ahli untuk mengongsikan idea dan pengalaman mengenai perkara sekuriti sosial.

in News
SEPADU Operation TAP's Enforcement with Weights and Measures Unit (SDT)  in Brunei Muara District