Round Table Conference on Issues in Insurance and Retirement Savings in the ASIA Region Organised by OECD - ADBI - OJK

11 July 2024

The Organisation for Economic Co-Operation and Development (OECD), Asian Development Bank Institute (ADBI), dan the Financial Services Authority (OJK) telah menganjurkan Sesi Persidangan Meja Bulat (RTD) yang berlangsung di Yogyakarta, Indonesia selama dua hari mulai 9 hingga 10 Julai 2024 bagi membincangkan mengenai isu insurans dan simpanan persaraan di rantau Asia.

Persidangan Meja Bulat tahunan ini berfungsi sebagai platform bagi pertukaran maklumat mengenai perkembangan utama dan cabaran yang dihadapi di dalam pasaran insurans dan persaraan di Asia, serta untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik mengenai isu-isu dasar di kalangan pembuat dasar, pengawal selia dan peserta sektor swasta.

Persidangan pada tahun ini memfokuskan kepada sumbangan sektor insurans dalam ketahanan iklim dan penyesuaian sebagai tindak balas terhadap implikasi perubahan iklim di seluruh modal perniagaan sektor insurans, serta impak penggunaan alat digital bagi meningkatkan keberkesanan sistem simpanan persaraan dan skim-skim berpencen. Pihak berkuasa dasar dan pengawal selia turut berpeluang untuk membincangkan isu cabaran dan risiko yang dihadapi di dalam skim berpencen dan sama-sama berkongsi mengenai pengalaman bagi menangani isu-isu yang telah dibangkitkan.

Hadir selaku wakil Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Brunei Darussalam adalah Haji Md Adfarul bin Haji Maz Adanan, Pengarah Urusan Tabung Amanah Pekerja (TAP) sebagai salah seorang ahli panel dalam sesi Tour de table: Funded Pension Markets and Regulatory Developments in Asia. Dalam sesi ini, beliau telah mengongsikan perkembangan mengenai dengan dasar dana persaraan yangmana memfokuskan kepada Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) yang telah dilancarkan pada 15 Julai 2023.

Antara ahli panel yang turut mengongsikan perkembangan di negara masing-masing berkenaan dengan topik sesi kali ini adalah dari negara Bangladesh, Pakistan serta Vietnam.

in News
TAP Service Counter and Call Centre Closure In Conjunction with Hari Raya Aidilfitri Celebration 2024/1445H