Pengagihan Dividen bagi Skim-Skim Di Bawah TAP Bagi Tahun Kewangan 2024-2025

11 Ogos 2025


Bagi memastikan ahli menerima manfaat pulangan pertumbuhan yang stabil, Tabung Amanah Pekerja (TAP) telahpun mengkreditkan pulangan dividen sebanyak BND130,704,752.13 ke dalam akaun masing-masing pada kadar tetap 2.5% bagi tahun kewangan 2024-2025 (yang berakhir pada 31hb Mac 2025) pada hari Ahad, 10 Ogos 2025.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jumlah pulangan dividen yang telah dikreditkan, ahli bolehlah merujuk kepada Penyata Akaun Tahun Kewangan 2024-2025 dengan melog masuk ke akaun e-Amanah masing-masing di www.tap.com.bn. Ahli juga boleh menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 272 2929 semasa waktu bekerja atau melalui emel di ask@tap.com.bn bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Program 10 Tahun Menjelang Persaraan