Bagaimakah cara untuk menambah simpanan TAP & SCP saya?
Ahli yang menangguhkan penyertaan ke SPK adalah dibolehkan untuk menambah secara sukarela ke dalam akaun TAP dan SCP mereka.
Caruman Sukarela adalah caruman tambahan daripada ahli selain caruman mandatori.
Kenapakah saya perlu menambah lebih?
Ahli yang menangguhkan penyertaan boleh mencarum secara sukarela ke dalam akaun TAP dan SCP:
Untuk meningkatkan jumlah Pengeluaran TAP pada Umur 55 Tahun apabila mencapai umur 55 tahun, bagi mencapai matlamat pra-persaraan mereka.
Ahli yang menangguhkan penyertaan boleh menggunakan simpanan tersebut untuk meningkatkan jumlah Anuiti SPK sekiranya AHLI memilih untuk membuat bayaran balik bahagian caruman Majikan daripada Pengeluaran TAP pada Umur 55 Tahun.
Proses Caruman Sukarela
Caruman sukarela akan dimasukkan ke dalam Akaun TAP dan/atau SCP.
Kadar Caruman Sukarela
Tiada jumlah maksimum atau minimum bagi caruman sukarela ke dalam Akaun TAP dan SCP.
Caruman Sukarela daripada majikan
Caruman sukarela yang dibuat oleh Majikan bagi pihak Ahli akan dimasukkan secara automatik ke dalam Akaun SCP.
Caruman Sukarela daripada ahli
Caruman sukarela yang dibuat oleh Ahli akan dimasukkan ke dalam Akaun TAP dan/atau SCP mengikut arahan yang diberikan semasa pembayaran.
Tatacara Membuat Caruman Sukarela?

Meningkatkan Caruman daripada Gaji (melalui Majikan)

Melalui Perbankan Dalam Talian atau Perbankan Internet/Mudah Alih
Tatacara Meningkatkan Simpanan Anda Secara Dalam Talian
Ahli adalah dinasihatkan untuk mengunakan Perbankan Internet/Mudah Ali untuk membuat caruman sukarela
Langkah 1
Log masuk ke Perbankan Mudah Alih
Rujuk dengan pihak bank anda sama ada Tabung Amanah Pekerja tersedia sebagai pilihan pembayaran. Jika ada, log masuk ke perbankan mudah alih anda.
Langkah 2
Pilih Bill Payment melalui Perbankan Mudah Alih
Pergi ke pilihan ‘Bil Payment’ dan pilih Tabung Amanah Pekerja sebagai penerima pembayaran.
Langkah 3
Masukkan maklumat pembayaran
Masukkan nombor akaun TAP atau SCP dan jumlah yang dibayarkan sebagai caruman sukarela.
Langkah 4
Hantar Pembayaran
Pastikan semua maklumat pembayaran dan penerima adalah betul. Tekan 'Submit' untuk melengkapkan pembayaran.