Pengeluaran TAP Hilang Keupayaan
Ahli adalah layak untuk membuat pengeluaran sekiranya Ahli disahkan mengalami ketidakupayaan secara fizikal atau mental oleh Lembaga Perubatan sehingga tidak berupaya untuk bekerja lagi, serta memenuhi semua syarat kelayakan yang ditetapkan.
Sekiranya Ahli mengalami ketidakupayaan, semasa membuat permohonan pengeluaran, Ahli hendaklah mengambil maklum mengenai perkara-perkara berikut:
- Ahli hendaklah mendapatkan pengesahan daripada Lembaga Perubatan bagi mengesahkan bahawa ahli tidak berupaya untuk terus bekerja.
Bayaran pengeluaran kepada Ahli adalah secara sekaligus.
Ahli akan menggunakan simpanan sendiri daripada Akaun Ahli SPK untuk bersara awal sehingga mencapai umur 60 tahun atau sehingga simpanan tersebut habis digunakan, sebelum Akaun Persaraan SPK boleh dikeluarkan bagi tujuan persaraan.
Kelayakan
Umur
Di bawah 60 tahun
Jumlah
100% daripada simpanan akaun TAP.
Tatacara Pembayaran
Dibayarkan secara
penuh kepada ahli
Dokumen yang diperlukan
Pastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum menghantar permohonan.
Borang permohonan pengeluaran yang lengkap.
Salinan Kad Pengenalan ahli.
Salinan Surat Berhenti Kerja (jika ada).
Laporan Lembaga Perubatan.
Permohonan Pelantikan Penjaga Harta ad-Litem bagi ahli yang disahkan berpenyakit mental dari:
- Mahkamah Sivil bagi ahli yang bukan berugama islam
- Mahkamah Syariah bagi ahli yang berugama islam
- Surat Aku Janji oleh penjaga ahli yang disahkan tidak berupaya atau tidak sempurna akan (jika diperlukan).
- Salinan maklumat akaun bank/penyata bank atau buku bank.
