Skip to Content


Pengeluaran TAP Perumahan

Ketahui lebih lanjut mengenai dengan persyaratan dan kelayakan pengeluaran TAP Perumahan.

Pengeluaran TAP Perumahan


Ahli yang menangguhkan penyertaan ke SPK dan belum pernah membuat Pengeluaran Perumahan TAP bagi tujuan perumahan masih dibolehkan untuk memohon pengeluaran. Pengeluaran ini hanya dibenarkan SEKALI sahaja. Oleh itu, Ahli dinasihatkan untuk merancang dan menentukan masa yang paling sesuai untuk membuat pengeluaran bagi memenuhi keperluan perumahan mereka.


Semasa membuat Pengeluaran TAP Perumahan, Ahli hendaklah mengambil maklum mengenai perkara-perkara berikut: 


  • Pengeluaran ini hanya dibenarkan bagi tujuan membeli rumah, membina rumah, atau membayar balik pinjaman perumahan atau pinjaman kerajaan.


  • Pengeluaran bagi tujuan perumahan akan dibayar terus kepada kontraktor, pemaju, bank atau Kerajaan melalui pemindahan terus (direct transfer) — tiada pembayaran secara tunai atau cek.


  • Dokumen sokongan yang lengkap hendaklah diberikan bagi melancarkan proses pengeluaran.

Kelayakan

Persyaratan

Menjadi Ahli TAP sekurang-kurangnya selama 10 tahun dengan sekurang-kurangnya 5 tahun caruman aktif, ATAU mempunyai simpanan minimum TAP sebanyak BND40,000.00.


Jumlah

sehingga 45% daripada baki Akaun TAP semasa permohonan dibuat.

Jumlah Pengeluaran

Jumlah keseluruhan pengeluaran adalah tertakluk kepada prosedur dan syarat yang ditetapkan di bawah Akta Amanah Pekerja, Penggal 167 dan Aturan-Aturan TAP.


Tatacara perkiraan bagi pengeluaran:


1. Membila atau Membeli

​1.1) 20% daripada harga pembelian atau kos pembinaan rumah tersebut (Geran tanah di bawah nama pemohon).

ATAU

​1.2) 10% daripada harga pembelian atau kos pembinaan rumah tersebut yang berjumlah BND150,000.00 dan ke atas (Geran tanah BUKAN di bawah nama pemohon).

ATAU

​1.3) 15% daripada harga pembelian atau kos pembinaan rumah tersebut yang berjumlah BND149,999.00 dan ke bawah (Geran tanah BUKAN di bawah nama pemohon).

ATAU

​1.4) 45% daripada baki simpanan TAP ahli.


2.Baki pinjaman tertunggak semasa tarikh permohonan.

45% daripada baki simpanan TAP ahli.

Jumlah keseluruhan yang akan diluluskan adalah berdasarkan jumlah yang lebih rendah.


Jumlah keseluruhan pengeluaran adalah tertakluk kepada prosedur dan syarat yang ditetapkan di bawah Akta Amanah Pekerja, Penggal 167 dan Aturan-Aturan TAP.

Tatacara Pembayaran

Dibayarkan secara keseluruhan kepada pihak berkenaan.


Bank

bagi baki pinjaman rumah



Kontraktor

bagi membina rumah



Pemaju

bagi membeli rumah



Kerajaan

Kepada Jabatan Perbendaharaan (pinjaman perumahan) atau Skim Perumahan Negara


Dokumen sokongan yang diperlukan

Pastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum menghantar permohonan.

Membayar Baki Pinjaman Rumah (Skim Perumahan Negara) 

  1. Salinan Kad Pengenalan ahli.

  2. Salinan Slip Gaji ahli terkini.

  3. Salinan Surat Pengesahan memiliki rumah.

  4. Salinan Surat Pengesahan Pembayaran balik pinjaman perumahan dari Kementerian Pembangunan

  5. Salinan Surat Pengesahan Baki Perumahan.

Nota: Rumah tersebut hendaklah di BAWAH NAMA AHLI.


Membayar Baki Pinjaman Rumah (Pinjaman Rumah - Bank atau Jabatan Perbendaharaan

  1. Salinan Kad Pengenalan ahli.

  2. Salinan geran tanah.

  3. Salinan Slip Gaji ahli terkini.

  4. Salinan Surat Perjanjian Pembinaan atau Perjanjian Jual Beli

  5. Copy of Housing Loan Agreement from Treasury Department or Bank.Salinan Perjanjian Pinjaman Perumahan daripada Jabatan Perbendaharaan atau Bank

  6. Salinan penyata Baki Pinjaman terkini.


Membina / Membeli Rumah(Di Darat)

  1. Salinan Kad Pengenalan ahli.

  2. Salinan Sijil Nikah

  3. Salinan Surat Perjanjian Pembinaan atau Perjanjian Jual Beli

  4. Salinan Surat Kuasa Wakil (jika geran tanah bukan di bawah nama ahli)

  5. Salinan Resit Pembayaran Pendahuluan atau Surat Pengesahan tiada sebarang pembayaran.

  6. Pecahan Pinjaman Kewangan Perumahan.

  7. Salinan Lesen Kontraktor / Pembangun (16&17) atau Kad Pengenalan Penjual.

  8. Salinan Slip Gaji terkini.

Salinan dokumen yang berkenaan sahaja.

  1. Salinan Geran Tanah.

  2. Salinan Surat Pindah Milik atau Surat Proses Kemasukkan Nama (Bagi geran tanah yang belum di atas nama pemohon)

  3. Salinan Surat Peruntukkan Tanah

  4. Salinan Surat Kebenaran Menduduki Tanah.

Salinan dokumen yang berkenaan sahaja daripada pihak ABCi:

  1. Permohonan Kebenaran Memulakan Kemajuan ABCi - Borang C.

  2. Kesiapan Kemajuan ABCi - Borang E.

Dokumen tambahan bagi ahli yang tidak mempunyai pinjaman kewangan dengan Bank atau pihak kerajaan:

  1. Menyertakan sumber pendapatan kewangan

  2. Mengisikan surat pengesahan tidak membuat sebarang pinjaman kewangan disediakan oleh pihak TAP.

  3. Mengisikan surat pengesahan dari pembina atau penjual disediakan oleh TAP.


Membeli Rumah (Kampong Ayer)

  1. Salinan Kad Pengenalan ahli.

  2. Salinan Slip Gaji ahli terkini.

  3. Salinan Surat Pengesahan tukar milik rumah.

  4. Salinan Pelan Kedudukan Rumah daripada Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

  5. Salinan Kad Pengenalan Penjual.

  6. Copy of Sale and Purchase Agreement.

  7. Salinan Resit Pembayaran Pendahuluan atau Surat Pengesahan jika tiada sebarang pembayaran.

Dokumen yang diperlukan

Tekan untuk muat-turun