Skip to Content


Pengeluaran TAP 55 tahun

Ketahui lebih lanjut mengenai kelayakan dan syarat Pengeluaran Umur TAP 55 tahun.

Pengeluaran TAP 55 tahun


Ahli yang menangguhkan penyertaan ke SPK boleh membuat pengeluaran keseluruhan baki Akaun TAP apabila mencapai umur 55 tahun. Setelah Ahli membuat Pengeluaran TAP Umur 55 Tahun, Ahli tersebut akan ditukarkan secara automatik kepada skim SPK.
Tempoh kelonggaran bagi Ahli yang menangguhkan penyertaan untuk membuat Pengeluaran TAP Umur 55 Tahun adalah SATU (1) tahun.


Sekiranya Ahli tidak membuat pengeluaran sebelum mencapai umur 56 tahun, baki dalam Akaun TAP akan diserapkan ke dalam Akaun Ahli SPK dan Akaun Persaraan SPK, dan Ahli tersebut akan secara automatik menjadi Ahli SPK. Sekiranya perkara ini berlaku, Ahli masih boleh membuat pengeluaran sebanyak 30% daripada Akaun Ahli SPK sebagai Ahli SPK. 


Ahli dinasihatkan untuk merancang pengeluaran berdasarkan keperluan sebelum persaraan atau semasa persaraan serta menggunakan simpanan yang dikeluarkan dengan bijak.  


Pengeluaran Umur SPK boleh dibuat untuk apa-apa tujuan dan tidak terhad kepada perkara-perkara berikut:

  • Pendidikan anak-anak;

  • Keperluan perumahan;

  • Peruntukan tambahan untuk menunaikan ibadah Haji atau Umrah;

  • Pelaburan bagi menjamin persaraan atau pendapatan pada masa hadapan;

  • Melangsaikan atau mengurangkan hutang atau pinjaman sebelum persaraan;

  • lain-lain.

Kelayakan

Umur


55 tahun

Jumlah


100% daripada baki simpanan akaun TAP.

Tatacara Pembayaran

Dibayarkan secara

penuh

ke akaun yang didaftarkan di bawah nama ahli.

Dokumen yang diperlukan

Pastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum menghantar permohonan.

 Borang permohonan pengeluaran yang lengkap.


  1. Salinan Kad Pengenalan ahli.
  2. Salinan maklumat akaun bank/penyata bank atau buku bank.

Permohonan secara dalam talian bagi Pengeluaran TAP 55 tahun

Elakkan beratur di Cawangan TAP dan buat permohonan dari rumah awda.