Pengeluaran SPK Penyakit Terminal
Ahli adalah layak untuk membuat pengeluaran daripada Akaun Ahli SPK sekiranya disahkan menghidap penyakit yang menghadkan jangka hayat berdasarkan Laporan Lembaga Perubatan.
Semasa menghadapkan permohonan pengeluaran, ahli yang menghidap penyakit terminal hendaklah dimaklumkan mengenai perkara-perkara berikut:
Ahli hendaklah mendapatkan pengesahan daripada Lembaga Perubatan bahawa ahli disahkan menghidap penyakit terminal.
Pembayaran pengeluaran kepada ahli akan dibuat secara penuh.
Kelayakan
Umur
Di bawah 60 tahun
Jumlah Kelayakan
100% daripada baki Akaun Ahli
semasa umur pengeluaran
Tatacara Pembayaran
Dibayarkan secara
anuiti (bulanan)
kepada ahli.
Dokumen yang diperlukan
Pastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum meneruskan penghantaran permohonan.
Borang permohonan pengeluaran yang lengkap.
Salinan Kad Pengenalan ahli.
Laporan Lembaga Perubatan..
Surat Aku Janji oleh Penjaga bagi Ahli yang hilang upaya dari segi perubatan atau tidak Sempurna Akal (jika diperlukan).
Salinan maklumat akaun bank/penyata bank atau buku bank.
Permohonan secara dalam talian bagi pengeluaran SPK Penyakit Terminal
Elakkan beratur di Cawangan TAP dan buat permohonan dari rumah awda.