Pengeluaran SPK Melucutkan Kerakyatan
Ahli yang telah melucutkan kerakyatan dan telah menjadi warganegara negara lain adalah layak untuk membuat pengeluaran daripada Akaun Ahli SPK.
Semasa menghadapkan permohonan pengeluaran, ahli hendaklah dimaklumkan mengenai perkara-perkara berikut:
Ahli hendaklah memberikan dokumen yang membuktikan bahawa ahli pernah menjadi warganegara Brunei Darussalam bagi tujuan permohonan pengeluaran, seperti salinan kad pengenalan Brunei ahli.
Ahli juga hendaklah memberikan dokumen yang membuktikan bahawa ahli telah disahkan sebagai warganegara negara lain.
Kelayakan
Umur
Di bawah 60 tahun
Jumlah Kelayakan
100% daripada baki Akaun Ahli
semasa umur pengeluaran
Tatacara Pembayaran
Dibayarkan secara
anuiti (bulanan)
kepada ahli
Dokumen yang diperlukan
Pastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum meneruskan penghantaran permohonan.
Borang permohonan pengeluaran yang lengkap.
Salinan Kad Pengenalan ahli.
Salinan dokumen yang mengesahkan kewarganegaraan asing, seperti kad pengenalan asing atau pasport asing.
Salinan surat pengisytiharan melucutkan status kerakyatan.
Salinan penyata akaun bank terkini atau buku bank pemohon (bagi pembayaran melalui bank tempatan).
Bagi Ahli atau waris yang memohon pembayaran melalui pemindahan telegrafik ke akaun bank, maklumat berikut hendaklah disertakan:
Surat mengenai hasrat untuk menerima bayaran pengeluaran melalui pindahan terus DAN bersetuju bahawa sebarang caj bank hendaklah ditanggung oleh ahli.
buku bank Ahli (sekiranya ada)
Surat pengesahan daripada bank ahli yang menyatakan bahawa ahli mempunyai akaun dengan bank tersebut.
Alamat Persuratan.
Bank Clearing Codes/Swift address (Member is to enquire with their bank).
Nama penuh ahli dan nombor akaun bank yang digunakan untuk pindahan terus.
Alamat persuratan bank.
Permohonan secara dalam talian bagi Pengeluaran SPK Melucutkan Kerakyatan
Elakkan beratur di Cawangan TAP dan buat permohonan dari rumah awda..