Pengeluaran SPK Hak Waris
Sekiranya seorang ahli meninggal dunia, Penama Pentadbir yang telah dilantik sebelum kematian ahli atau Pengadu (ahli keluarga terdekat) dan waris boleh membuat permohonan pengeluaran baki Akaun Ahli SPK milik ahli yang telah meninggal dunia.
Sekiranya ahli meninggal dunia:
Sekiranya ahli telah melantik pentadbir penama, penama pertama adalah layak untuk membuat permohonan pengeluaran baki simpanan ahli.
Tanggungjawab Pentadbir yang dilantik adalah untuk mengagihkan baki pengeluaran secara adil kepada waris yang berhak mengikut hukum Faraid bagi ahli beragama Islam atau wasiat bagi ahli bukan beragama Islam.
Sekiranya ahli tidak pernah melantik Penama Pentadbir semasa hayatnya, ahli keluarga terdekat hendaklah membuat laporan kepada TAP dengan mengisi Borang Pengadu Hak Waris SPK TAP akan memberikan surat kepada Pengadu untuk diberikan kepada Pejabat Waris (Probate Office) Seterusnya, Pejabat Waris akan mengeluarkan Surat Pelantikan Pentadbir yang menetapkan waris sebagai Pentadbir untuk mengagihkan harta peninggalan ahli yang telah meninggal dunia Hanya waris yang dilantik oleh Pejabat Waris tersebut boleh membuat permohonan pengeluaran baki Akaun Ahli SPK.
Sekiranya ahli yang telah meninggal dunia tidak pernah melantik Penama Pentadbir, tempoh proses pengeluaran bergantung kepada urusan antara waris terdekat ahli yang telah meninggal dunia dengan Pejabat Waris.
Kelayakan
Siapa yang dapat memohon?
Pentadbir penama, Pengadu (ahli keluarga terdekat), Waris
Jumlah Kelayakan
100% daripada baki Akaun Ahli.
Tatacara Pembayaran
Dibayarkan secara
penuh
kepada pentadbir yang telah dilantik.
Dokumen yang diperlukan
Pastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum meneruskan penghantaran permohonan.
Borang permohonan pengeluaran yang lengkap.
Permohonan daripada Pentadbir Penama:
Salinan kad pengenalan ahli yang meninggal dunia
Salinan sijil kematian ahli.
Salinan kad pengenalan pentadbir
Salinan penyata akaun bank terkini atau buku bank pemohon.
Permohonan tanpa Penama Pentadbir:
Pengadu melaporkan ahli telah meninggal dunia:
Salinan kad pengenalan ahli yang meninggal dunia
Salinan sijil kematian ahli.
Salinan kad pengenalan pengadu.
Nota: TAP akan memberikan surat kepada Pengadu untuk diberikan kepada Pejabat Waris (Probate Office) bagi mengeluarkan Surat Pelantikan Pentadbir.
Permohonan kepada TAP oleh waris (Waris yang dilantik oleh Pejabat Waris sebagai Pentadbir):
Surat Pelantikan Pentadbir daripada Pejabat Waris
Salinan sijil kematian dan kad pengenalan ahli yang meninggal dunia.
Salinan kad pengenalan waris (pentadbir yang dilantik).
Salinan penyata akaun bank terkini atau buku bank pemohon.